Ada apa dengan KUSZA?

Mula-mula sekali, selamat berpuasa. Tak tahu lagi nak balik pukul berapa. Lagi pun hari Ahad nanti tak banyak kuliah pun. Aku suka suasana dekat KUSZA, sesuai benar dengan aku yang bukan kaki merayap. Jadi ada apa dengan KUSZA?

Aku mahu menjadi seorang yang cintakan ilmu. (Pengaruh buku Law of Attraction) (Sila abaikan perenggan ini)

Seriusly, best sangat ke belajar dekat KUSZA ni? Best sangat ke suasana tempat ni? Best ke area Kuala Terengganu ni?

Kalau orang tanya aku soalan tu, sudah semestinya aku akan jawap “BEST”. Tapi sama ada kena dengan selera orang yang bertanya itu sendiri ataupun tidak aku tak pasti. Lain orang lain pendapat. Tempat ni pun biasa saja, macam tempat lain juga.

Area Kuala Terengganu

Tak tipu tak ada apa pun yang best. Cuma ada pantai, keropok lekor, masjid terapung, masjid kristal, MyDin(betul tak aku eja ni), Giant dan lain-lain….

Tak ada apa yang istimewa pun kan…. Biasa saja. Lebih kurang Serting juga. Nak cakap macam pekan Bahau…. Erm…

Panggung wayang pun tak ada dekat sini (aku bukan kaki panggung jadi tak kisah pun). Tapi tempat pelancongan ada dekat sini. Jadi boleh tangkap gambar pemandangan untuk koleksi aku (^_^). Nak pergi pun senang.

Aku suka tangkap gambar pemandangan.

Area KUSZA

Suasana tempat pembelajaran boleh dikatakan OK. Kuliah diadakan dalam kelas. Ada kelas yang kecil dan ada kelas yang besar. Tengok pada tempat. Tapi aku paling suka bila belajar dalam studio sebab ada kerusi beroda jadi boleh bergerak pergi meja kawan bila bosan. Hehe…kelas yang dinamik memang best. Dalam kelas lain kerusi dia tak ada roda.

Dewan Kuliah Utama…. Aku pun tak tahu kelas apa yang diadakan di sini. Aku pernah masuk pun sebab pergi forum “Aku Dibius Cinta” untuk mendengar pendapat tentang CINTA.

Bangunannya pun banyak bangunan lama macam bangunan sekolah. Jadi faham-faham sajalah.

Kalau nak bersukan insyaallah tak ada masalah di sini. Aku sebagai orang yang baru nak belajar bersukan tak tahu nak cakap apa. Gim pun ada tapi peralatannya ada yang sudah rosak. Bagi aku pula dapat berjoging pun aku dah cukup seronok.

Tiada pemandangan awek dengan baju ketat berjoging di sini. Kalau dekat UTHM aku rasa boleh tengok. Tak ingat sebab pernah pergi joging sekali saja dekat mini stadium UTHM tu. Warga UDM masih menjaga pemakaian mereka.

Ada 2 kumpulan yakuza spesis hostel dekat sini iaitu blok lama dan blok baru. Bagi aku blok baru lagi selesa mungkin sebab ianya BARU dan macam rumah betul. Aku sendiri tak pernah masuk bilik di blok lama. Satu bilik menempatkan 2 orang pelajar. Di blok baru, satu rumah menempatkan 8 atau 10 orang pelajar.

Pelik sikit sebab ada rumah yang ada 4 bilik dan ada yang 5 bilik. Salah arkitek yang mereka agaknya. Blok lama pun sama, 2 orang satu bilik juga. Biliknya macam mana tak tahulah…. Tapi bangunannya macam bangunan sekolah, tandasnya mungkin di hujung dunia (hujung bangunan).

Kelebihan asrama lama…. Ada tempat sidai baju dekat bawah (tanah). Jemur baju senanglah kering, tak pakai mesin basuh pun tak apa. Kalau dekat blok baru pula tengok blok. Ada yang mengadap matahari ada yang tidak. Kalau tak pakai mesin basuh 2 hari baru betul-betul kering. Nak senang pakai mesin basuh dan sidai dekat bawah kipas kat bilik. 1 malam dah kering (^_^).

Cafe memang banyak, cuma makanannya kebayakannya manis. Tak kena betul dengan selera aku. Makan ayam goreng tepung pun tepung dia manis…. Aiyoo, nasib baik ada gerai yang ayam goreng dia nornal.

Lauk lain kebanyakannya semua pun manis….

Saranan

Kepada yang tak boleh duduk diam dan kaki berjalan, bawalah kenderaan yang dirasakan sesuai. Kalau ikut peraturan motor mesti bawah 110cc kalau tak silap aku. Tapi ada saja 125Z dengan RXZ kat dalam tu. Kawan aku siap suruh bawa motor lagi. Sorry geng, semester depan aku bawa.

Kalau nak jalan-jalan, naik van pun boleh juga. Setakat nak pergi MyDin, Giant, dan stesen bas tu bayaran sekitar RM2.50~RM3.00. Tengok ramai orang atau tak. Tak pun boleh sewa kereta dengan kadar RM5 per jam (kereta kancil) dan bergantung kepada jenis kereta. Aku dengan kawan pernah sewa untuk pergi mandi pantai, RM40 setengah hari kalau tak silap.

Tapi kereta sewa dia memang tak best. Ada ke patut pernah satu kali kereta sewa tu, minyak dia habis sebelum sempat sampai stesen minyak. Buang masa 1 jam tunggu kawan kepada kawan aku hantar minyak.

Sesiapa yang tak boleh hidup kebosanan, silalah bawa laptop ke PC ke mp3 ke mp4 ke kamus dewan bahasa edisi ke-4 ke majalah playboy ke dan apa-apa yang patut. Memiliki bahan lucah dilarang…. Jadi jangan cari pasal….

Jadi kenapa pula aku kata tempat ini best? Tempat ini best sebab tempat ini bosan. Mungkin semua tempat pun bosan bagi aku.

Haha…. Aku boleh hidup di tempat yang bosan. Cayalah FAHMI.

Entri lama dari blog “Active Blogger“. Ditulis pada 22 Ogos 2009.

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge