Cara Mudah Untuk Menjadi Popular

Apakah cara mudah untuk menjadi popular? Akhirnya rahsia itu terbongkar juga kepada kita sebagai rakyat biasa untuk menjadi popular dengan sekelip mata sahaja. Tak perlu mengambil masa bertahun-tahun dan tidak memerlukan modal yang besar untuk menghasilkan album lagu. Anda cuma perlukan strategi yang berkesan sahaja (paling utama).

Kalau korang nak tahu kenapa aku buat kenyataan begitu korang boleh rujuk di sini: Penyanyi Yang Insaf. Mencipta kontroversi merupakan salah satu kaedah yang boleh menarik perhatian orang dalam satu masa yang singkat. Jika umpan dipasang dengan betul dan tepat pada masanya, umpan itu pasti akan dimakan oleh ikan.

Kaedah ini telah digunapakai di dalam pelbagai bidang dari dunia hiburan tanah air hingga ke dunia politik sekali pun. Korang perasan tak apabila sesuatu kontroversi timbul semua orang akan fokus ke situ? Perhatian mula diberikan kepada isu kontroversi tersebut walaupun ada isu lain yang lebih besar sedang berlaku.

Cara Menjadi Popular Langkah Demi Langkah

  1. Buat satu video ringkas. Pastikan video tersebut cukup panas untuk menarik perhatian orang untuk menonton. Modified lagu tertentu adalah lebih baik kerana cara ini nampaknya lebih berkesan.
  2. Upload video tersebut ke laman perkongsian video seperti Youbube yang menunjukkan korang dengan bangganya menyanyikan video tersebut. Jangan lupa tunjuk muka bangga korang, fokus satu muka kalau boleh.
  3. Biarkan video tersebut untuk seketika bagi memastikan ramai yang menontonnya. Kalau masih tak timbul kontroversi korang timbulkan kontroversi sendiri dimana-mana komuniti forum yang popular.
  4. Buat kenyataan dekat mana-mana menyatakan korang stress, akibat tertekan kerana nak menjadi popular dan sebagainya. Jangan lupa cakap saya baca tips ini di http://unactive.com kalau keluar surat khabar.
  5. Jangan lupa untuk mohon maaf secara terbuka kepada semua orang terutama sekali jika melibatkan mana-man kumpulan tertentu. Ini sangat penting. Korang tengok saja, lepas buat kontroversi mesti ada orang minta maaf.
  6. Lepas minta maaf, jangan buat apa-apa. Korang perlu menyepi seketika. Ingat itu strategi korang untuk masa akan datang pula. Manalah tahu ada sesuatu yang memerlukan pendedahan dan korang boleh manipulasikan balik kontroversi sebelum ini.
  7. Selepas lama menyepi korang kembali dengan satu produk tertentu. Nanti boleh keluar surat khabar “Budak ___ Insaf, Lancar Album Zapin Sendiri”.

Tengok, cara untuk menjadi popular yang mudah sahaja bukan. Kalau dah teringin sangat nak popular bolehlah cuba.

P.S: Jangan buat kalau korang seorang yang pemalu dan tak cukup sporting macam aku icon smile Cara Mudah Untuk Menjadi Popular

Entri lama dari blog “Active Blogger“. Ditulis pada 3 Jun 2009.

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge