Cerita Dari Kampung Aku

Kalau kau mengikuti aku di twitter, aku ada buat pengumuman pada hari Sablu 4 April 2009 yang lepas bahawa aku pulang ke kampung. Jadi pada kali ini aku hendak membawa cerita dari kampung aku untuk dibaca oleh kau orang semua. Ceritanya taklah semenarik Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 yang bakal berlangsung, tetapi cukuplah sekadar untuk memberi sedikit pengajaran kepada kita. Mungkin kepada pihak berwajib jika dia ada termakan cili.

  • Cerita Lampu Jalan

Dekat rumah moyang aku adalah sebuah lampu jalan yang dipasang di halaman rumah. Memandangkan kedudukan rumah moyang aku di atas bukit jadi lampu itu memang jauh dari jalan, sekarang lampu ini boleh dipanggil lampu jalan ke? Al kisahnya bermula apabila lampu jalan tersebut rosak semenjak beberapa bulan yang lepas. Pakcik aku telah membuat aduan beberapa kali tentang masalah tersebut, tetapi masih tiada tindakan yang diambil bagi membaiki lampu yang rosak.

Setiap bulan bayaran untuk lampu tersebut masih perlu dibayar walaupun lampunya telah rosak dan tidak berfungsi. Kalau lampu berbayar pun mengambil masa yang lama untuk dibaiki, yang percuma apatah lagi. Pakcik aku ada cerita bahawa ada banayak lagi lampu jalan yang rosak di kampung aku tu. Tapi tak tahulah sudah dibaiki atau pun belum.

Macam biasalah bila dah muak nak buat aduan kat TNB, pakcik aku pun hantarlah SMS ke surat khabar Kosmo (kalau tak silap) mengatakan pihak yang berkenaan bekerja sambil lewa dan bla bla bla…Tak lama selepas itu, pihak kosmo ada menelefon pakcik aku ni berkenaan SMS yang telah dihantar. Dalam beberapa hari sahaja lampu jalan itu telah dibaiki oleh pihak TNB. Jadi apa yang korang boleh ambil iktibar dari kisah ini?

Pengajaran yang aku dapat:

  1. Laporkan kepada pihak media apabila tiada tindakan susulan yang diambil setelah sesuatu laporan dibuat walaupun ia telah dilaporkan beberapa kali. Ia sumber motivasi yang berkesan.
  2. Apabila pihak media membuat liputan tentang sesuatu masalah, pihak berkuasa dan yang seangkatan dengannya lebih bersemangat untuk membuat kerja mereka. Lagi bukti menunjukkan pihak media sumber motivasi yang baik.
  • Cerita Kenduri Dan Aku

Saudara sebelah keluarga ayah aku ada membuat satu kenduri, kalau tak silap aku kenduri potong jambul. Aku pun berkunjunglah ke sana memandangkan aku telah dijemput. Suasana kenduri macam biasalah mestilah ramai orang yang datang, ditambah pula kenduri yang dibuat di kampung. Jadi ramailah sanak-saudara yang turut sama hadir bagi memeriahkan lagi suasana kenduri.

Aku sebenarnya tak suka tempat yang sesak dengan orang ramai, memandangkan aku jarang-jrang pergi ke jemputan kenduri, aku mati kutu di majlis tersebut. Aku tak tahu nak buat apa, jadi bila ada saudara aku yang minta tolong hantar makanan ke meja, aku pun ikut sahajalah. Lagi pun tak ada geng yang boleh aku layan, secara tak langsung menyebabkan aku kebosanan di majlis tersebut.

Wah…sedihnya, aku tak kenal sangat saudara sebelah ayah aku, jadi tak semesra perbualan dengan saudara yang aku kenali. Tak pasal-pasal kena sahaja saudara aku cakap aku ni “lurus” orangnya. Ia ke aku ni lurus orangnya?

Entri lama dari blog “Active Blogger“. Ditulis pada 6 April 2009.

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge