Ini merupakan entri pertama aku selepas masuk mendaftar di KUSZA. Keadaan di sini membosankan memandangkan aku tak membawa PC ataupun laptop. Nasib baik ada kawan sekelas yang bawa laptop, bolehlah aku pinjam guna bila teringin nak menyemak komen baru ataupun membuat entri baru.
Tapi tak apa, tahap kebosanan di sini cukup untuk meembuatkan aku aktif membuat aktiviti lain.
Bagaimana untuk membina bangsa yang kreatif? Kadang kala bila mendengar pandangan orang lain barulah terasa terbuka sedikit minda aku ini untuk berfikirkan tentang sesuatu dari perspektif yang berbeza.
Aku mendengar satu pandangan yang sangat menarik dari salah seorang pensyarah aku. Aku tak ingat bunyinya macam mana, tapi maksudnya ialah kebanyakan kita orang Melayu selalu merencatkan perkembangan minda budak-budak kecil. Dari contoh yang diberikan memang masuk akal.
Mungkin faktor budaya dan persekitaran turut menyebabkan hal ini berlaku.
Contohnya, semasa seorang budak kecil baru belajar merangkak…. Kita tak sabar-sabar mengajar dia untuk berjalan.
Tapi bila dia dah tahu berjalan, mesti dia akan belajar berlari bukan? Bila berlari pula kena marah dengan mak atau bapa! Apa kes macam ni?
Ataupun… Bila seorang anak menconteng dinding, pun kena marah juga. Terbantut pula budak tersebut untuk belajar melukis. Bila seorang budak mula menconteng…. Bermakna dia ingin menyampaikan sesuatu pada kita, mungkin apa yang sedang dilihatnya. Atau apa sahaja yang ingin dia kongsikan bersama.
Jadi jika anak anda menconteng dinding rumah anda, janganlah dimarah terus. Ia mungkin boleh menyekat perkembangan minda anak tersebut. Cari sahaja alternatif lain… Bagaimana caranya? Ikut kreativiti sendiri.
Bila anak kecil ingin menolong ibu di dapur… agak-agak kena marah tak? Jadi jangan pelik bila ada anak bila sudah besar tak ringan tangan menolong di dapur.
Hehe… Aku tak pernah jadi ibu atau bapa, tapi mendengar pandangan yang macam ini… Membuka minda kita bukan?
Sesetengah negara membelanjakan berjuta-juta ringgit malah beratus juta ringgit untuk melahirkan warga negara yang kreatif sejak mereka kecil lagi. Mengapa mereka mahukan warga yang kreatif? Mereka memberi penekanan terhadap seni semenjak dari tadika lagi dan mengikut apa yang pelajar minati.
Jika pelajar tersebut suka menari… Mereka akan diajar menari dan lain-lain perkara yang mereka minat. Orang yang menghayati seni, jiwanya halus. Orangnya juga lebih sensitif dan lebih peka terhadap persekitaran.
Apa pula pendangan anda yang membaca? Bagi aku ada betulnya pandangan pensyarah aku itu.
No related posts.