Bagaimana untuk mengatasi perasaan takut dalam diri sendiri ya? Aku yakin semua orang pasti mempunyai sesuatu yang mereka takut. Kalau bukan waktu sekarang, paling kurang pun masa kecik-kecik dulu mesti ada punya. Kalau tak ada…. Macam tipu je rasanya. Hehe…. Masa aku kecik-kecik dulu, aku takut gila dengan lembu. Asal nampak je lembu dekat tepi jalan mesti cuak.
Lepas tu ada pulak orang lain yang tolong tambahkan perasaan takut tu…. Cis…. Tak guna betul dia orang nie… Ada ke patut buat cam tu? Tak patut…. Tak patut.
Hasil dari pembacaan aku, untuk menghilangkan perasaan takut tersebut, kita perlu bersemuka atau berhadapan terus dengan apa yang kita takut tu. Jadi kalau ada yang takutkan lembu, pergi jumpa dengan lembu. Kalau takutkan tempat tinggi, pergi cari mana-mana tempat tinggi dan pergi ke situ. Kalau takutkan cahaya…. Erm…. Sah-sah puntianak atau vampire korang ni.
Jika ketakutan itu boleh mengekang atau membantutkan kehidupan kita, baik kita atasinya cepat-cepat. Takut nanti ia akan merencatkan perkembangan kita untuk menjadi seorang insan yang hebat.
Tapi takut itu berbeza mengikut individu. Situasinya juga mungkin pelbagai. Adakah semuanya boleh diselesaikan dengan kaedah yang sama? Ataupun mungkin ada kalanya biarkan sahaja ia macam tu. Contoh, kita takut untuk menyatakan yang kita ada perasaan dengan seorang perempuan macam mana ek?
Boleh pakai ke konsep ni? Curious…. Curious…
P.S: Apakah benda atau perkara yang korang takutkan? Sudahkah ia diatasi?
No related posts.
how to handle the feeling of fear?how to be a fearless?help me!!!!
what are you afraid of anyway? to have fear is alright I think… as long as you manage it well…