Kalau menyentuh pasal pilihan raya umum…. Boleh la kita bersorak…. “Hidup UMNO” ataupun “Hidup PAS” ataupun “Hidup PKR” atau apa-apa sahaja parti yang kita sokong. Tapi kalau untuk pilihan raya universiti…. Apa yang patut dibuat agaknya? Aku sendiri masih tak faham sangat pasal pilihan raya universiti ni….
Semalam, warga UDM yang makan malam di cafe baru UDM berpeluang untuk mendengar sesi rapat umum bagi calon-calon yang bertanding. Mendengar rapat umum ni…. Agak menarik juga. Kita dapat lihat bagaimana calon-calon menyampaikan manifesto-manifesto mereka. Yang menarik tu, menariklah. Yang mana bosan tu, bosanlah.
Calon-calon kebanyakannya punyalah bersemangat bercakap…. Sampai mengakitkan telinga para pendengar. Mana tak nya…. Dah la bunyi speaker dah sememangnya kuat, tambah pulak dengan suara yang agak lantang…. Result? Kami yang mendengar sakit telinga….
Harap-harap perwakilan yang terpilih nanti akan menjadikan UDM satu tempat yang lebih baik untuk para pelajar. Kalau tengok keadaan sekarang, masih ada banyak ruang yang boleh diperbaiki dan ditambahbaikkan. Huhu…. Hidup MPP UDM!
Calon bagi Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi menang tanpa bertanding. Aku tak tau nak komen apa….
No related posts.