Mula-mula sekali, aku nak mengucapkan selamat datang kepada sesiapa yang singgah ke blog ini. Blog ini akan dijadikan sebuah diari mengenai kehidupan aku kot…. Atau mungkin sekadar meluahkan apa yang terbuku di dalam hati ataupun mungkin menyampaikan pandangan peribadi mengenai apa-apa isu yang ingin dikongsikan bersama.
Aku masih belum boleh menulis dengan baik, masih mencari-cari satu gaya penulisan yang dirasakan cocok dengan diri ni. Jadi kalau tengok ada gaya bahasa yang agak pelik-pelik tu abaikan sahaja. Hehe…. Menguruskan blog pun agak mencabar rupanya sebab macam-macam benda yang perlu dibuat. Kalau tak kena cara blog boleh terbengkalai terus….
Rasanya…. Bahasa yang bakal digunakan mungkin bercampur-campur. Sekejap ada bahasa pasar…. Sekejap ada bahasa Inggeris…. Sekejap bahasa Melayu yang agak formal….Ape-ape…. Aje lah…. Janji apa yang nak aku sampaikan tu dapat orang faham.
“I want to unlock all the knowledge which are possible to be learned”
Aku Learn
No related posts.
Congratulation akulearn! akhirnya berjaya juga saya beri komen pertama disini… semoga terus suksess dalam apa jua yang anda buat,selamat belajar………
Cheers!
Donnyien
Terima kasih Doony. Terima kasih sebab berkunjung ke blog saya.