Aku lagi tengah blur-blur sekarang ni. Dah masuk minggu ke berapa pun tak pasti. Tapi yang aku sangat-sangat pasti, banyak betul kerja a.k.a assignment aku yang tertangguh. Bayangkan saja kerja yang sebulan lepas lecturer bagi pun still tak ada progress…. What is wrong with me? Nak kata aku ni hisap rokok… tak pulak. Hisap dadah… tak jugak… jatuh hati dekat somebody… aaa, yang tu betul.
Planning untuk assignment dah buat, tapi tak ada tindakan untuk menyiapkan assignment. “Planning without action is a waste” dan itulah yang aku sedang lakukan sekarang. Huhu…. Need to henshin….
Perhatian: Aku perlu meningkatkan motivasi diri ini agar dapat terus kekal berfikiran positif. Aku boleh lakukan apa sahaja yang aku mahu asalkan ada keinginan. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Aku boleh! Aku boleh! Melayu Boleh!
No related posts.