Hari ini hari Khamis, 18 Februari 2010, boleh la anggap cuti dah pun berakhir. Lepas ni kena sediakan mental dan fizikal untuk menghadapi semester yang bakal bermula. Masih ada beberapa tugasan masih bertangguh dan perlu disiapkan segera. Huhu…. Sikap suka bertangguh memang tak bagus untuk seorang mahasiswa atau kepada sesiapa sahaja. Jadi jangan jadikan habit a.k.a tabiat.
Aku baru sahaja membuat satu thread dalam sebuah forum untuk menjual satu domain milik aku. Terpaksa berbuat demikian kerana domain itu menghalang aku daripada terus bergerak ke hadapan. Tak pasal-pasal je jadi statik sebab domain tu. Jadi aku membuat keputusan untuk melepaskan saja domain tu dan biarkan tuan baru dia nanti urus dan jaga dia walaupun aku sayang sangat kat domain tu.
Kerja bertangguh yang perlu di settle kan:
- Solidworks – lukis handphone.
- Fiqh Islami – buat report pasal isu perkahwinan.
- Human Factors – buat report base on journal yang diberi.
- English – Buat questionnaire then cari sample.
- Skething – pilih produk baru then sketch and modified shape dia.
Huhu…. Gambatte ne!
No related posts.