Kerja di Saat Akhir…. Sampai Bila?

Semester ini, aku datang ke UDM dengan beberapa azam. Semua azam tersebut memang baik-baik belaka dan kini sudah masuk minggu ke-10 dalam kalendar akademik. Pemerhatian ke atas diri sendiri mendapati, aku banyak melakukan kerja di saat akhir. Ini sekaligus, menyebabkan kualiti kerja yang aku hasilkan sehingga setakat entri ini ditulis kurang memuaskan. Pengajaran, aku kena lakukan sesuatu bagi mengatasi sikap suka bertangguh yang buruk ini.

Dua tugasan yang diberikan oleh pensyarah aku yang baru dihantar baru-baru ini juga dibuat pada saat-saat akhir. Satu, tugasan subjek titas. Dua, tugasan subjek fiqh Islami. Kedua-duanya pun merupakan hasil tugasan yang tidak disempurnakan dengan baik. Cukup sekadar siap, macam kata orang bak melepaskan batuk ditangga sahaja. Pengajaran, rancang perjalanan kerja dengan baik dan buat semua kerja tersebut mengikut perancangan.

Kebanyakan kerja tersebut merupakan kerja berkumpulan dan aku bukanlah orang yang gemar menjadi ahli lelap di dalam kerja yang melibatkan orang lain. Tapi dalam kes kali ini, aku hampir-hampir sahaja menjadi ahli lelap, kerja yang aku buat adalah minimum dan terlalu mengharapkan orang lain. Itu tak baik untuk kesihatan aku. Pengajaran, aku perlu bersikap lebih proaktif dan perlu belajar menjadi seorang ketua yang baik. Aku juga masih perlu belajar untuk bersikap bersangka baik.

Akhir sekali, kepada tuan punya diri. Bangunlah…. Sampai bila kau nak jadi macam ini? Buat kerja tapi macam tak buat kerja. Alang-alang buat kerja, biarlah hasilnya berkualiti dan memuaskan diri sendiri. Tak baik buat tabiat buat kerja sambil lewa. “Saya boleh lakukan apa sahaja asalkan ada keinginan di hati. Saya boleh kerana saya dilahirkan dengan keadaan yang sempurna tanpa sebarang kecacatan.”

Related posts:

  1. Bila Cuti Pertengahan Semester Tamat….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge