Bila Perjalanan Tak Dirancang….

Hari ni aku pergi ke Kuala Lumpur untuk ke pejabat besar FELDA. Memandangkan perjalanan untuk hari ini tak dirancang aku tak dapat nak buat apa-apa persediaan untuk ke sana. Kebiasaannya sebelum pergi jalan-jalan ke tempat baru yang aku tak pernah pergi, aku akan membuat rujukan dekat Google Maps dan kemudiannya tengok-tengok tempat yang boleh dijadikan clue. Tapi….

Hari sebelum pergi tadi aku ada jugak tengok Google Maps tapi untuk ke Putrajaya…. Siapa la agaknya bagi lokasi palsu ni…. Dah pulak tu aku tak comfirm kan pulak…. Dah hari ni sesat 2-3 jam dekat KL tu…. Siap sampai Damansara lagi…. Apa cerita cam nie? Memandangkan nak mengejar masa terpaksalah aku meringankan mulut menyumpah orang bertanya dengan orang lain.

Apa pun terima kasih kepada seorang uncle berbangsa India yang bekerja sebagai pemandu teksi kerana telah bermurah hati menunjukkan jalan menuju ke sana. Walaupun dia tak hantar sampai ke tempat yang nak dituju tapi dengan pertolongan beliau berjaya jugak sampai ke tempat yang nak dituju sebelum waktu pejabat tamat. Semoga rezeki uncle tu murah selalu. Hehe kepada orang lain yang turut ditanya pun terima kasih banyak-banyak. Love you all

Tak semua pemandu teksi di KL tahu selok-belok KL rupanya…. Hurm….

Moral of the story, rancanglah perjalanan anda sebelum menuju ke sesuatu tempat dan jangan malu untuk bertanya bila sesat. Untuk pemandu teksi pulak, pastikan anda tahu selok belok KL tu luar dan dalam…. Hehe nanti kalau tersesat bolah la kami yang sekali sekala ke KL nie tumpang bertanya icon biggrin Bila Perjalanan Tak Dirancang….

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge