Bila la agaknya kerajaan Malaysia boleh menyediakan pendidikan percuma untuk rakyat Malaysia ni kan? Adakah mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan? Ataupun biarkan saja ia menjadi impian yang tak mungkin dapat ditunaikan sampai bila-bila.
Antara kebaikan yang dapat aku fikirkan ialah ia dapat memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk meneruskan pembelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi kerana faktor kewangan bukan lagi menjadi masalah. Sedih bukan kalau kita tengok dekat TV tu ada anak-anak yang tak bersekolah hanya kerana faktor kewangan keluarga yang tak mengizinkan mereka untuk bersekolah.
Sedih bila fikir macam ni. Tak sekolah…. Tak tahu membaca, tak tahu menulis, tak tahu mengira…. Bayangkan apa saja pekerjaan yang boleh dia orang buat. Mungkin ada kerja tapi gajinya rendah. Tak kata tak bagus tapi mungkin masa kerjanya panjang dan kerjanya berat tapi tak setimpal dengan kerja yang dibuat.
Fikir-fikirkanlah….
Untungnya menjadi orang yang tahu akan sesuatu yang tidak diketahui orang lain.
Related posts:
Pingback: Gula-Gula Politik | Aku Learn