Semester baru sahaja bermula. Kini aku sudah berada di semester 3. Semalam buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke Perpustakaan Universiti Darul Iman Malaysia Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Rupanya ada benda baru kat situ yang patut diketahui oleh pelajar UniSZA ni. Lagi-lagi kepada ulat bulu buku macam aku (perasan).
Pertama, sekarang ada pesta pameran buku di perpustakaan UniSZA. Kalau nak ke sana, ikut tapak kaki kat lantai. Itulah tips paling berguna yang aku terdengar masa ada orang tanya kat mana pesta pameran buku tu.
Ke-2, semalam masa nak pinjam buku aku tengok ada 2 orang budak perempuan pakai letak je buku tu dah tak payah nak scan lagi. Bila aku buat tak jadi pulak. Rupanya ada trick dia kalau tak nak scan. Mula-mula letak kedua belah tapak tangan kat muka. Kemudian cakap “baaaacak” kat mesin tengah-tengah library tu. Jangan buat macam tu nanti orang ingat ada orang gila pulak.
Tengok dekat belakang buku tu, kalau ada sticker macam dalam gambar kat bawah kiranya tak perlu la susah payah scan buku tu. Letak je nanti tahu la mesin tu buat kerja dia.

Sticker belakang buku
Sungguh mempermudahkan kerja pelajar.
Pinjam buku pakai mesin tu macam boleh pinjam selama-lamanya pulak. Pinjam buku, renew, sampai limit, pulang, pinjam balik, rinse and repeat.
* Kepada yang baru mendaftar di UniSZA kalau nak pinjam buku kena mendaftar dulu. Nanti lepas dapat kad matrik bawak sekeping gambar berukuran pasport ke perpustakaan untuk mendaftar. ~_~
Related posts:
giler canggih la library ko..
kitorg masih pakai scan alaupon lib baru da siap..
@manggosteen, haha aku sendiri pun baru tahu pasal yg tak payah scan tu… sbb ternampak ada org library tu ajar sorang budak perempuan.
yg paling best mesin tu boleh disalahgunakan… huhu pinjam buku selama-lamanya. tp xsure sem ni boleh guna cara tu lagi atau tak.
tapi paling latest, klu dah tempoh pinjaman expired xboleh renew. kena pulang dulu baru pinjam balik.