IDe Night Kali Ke-2, UniSZA

IDe Night kali ke-2 telah berlangsung dengan jayanya di Sutra Beach Resort. Tema untuk kali ni ialah warna hijau. “Leading life to the ultimate green design” tu mungkin tag-line  untuk kali ni. Badge untuk malam tu memang cantik. Simple je tapi aku suka. Siapa pulak la yang buat design dia kali ni agaknya. Bijak betul dia pilih warna. Aku cemburu sebentar…. sebab aku belum boleh buat macam tu.

badge ide night kali ke 2 2010 IDe Night Kali Ke 2, UniSZA

Badge IDe Night kali ke-2. Cantik tak?

Nak kata event a.k.a majlis ni tak best tak patut pulak sebab semua orang yang terlibat bertungkus-lumus untuk menjayakan aktiviti tu. Nak kata best pun tak boleh jugak. Senang je nak kritik orangkan. Aku yang tak pernah terlibat dengan apa-apa penganjuran majlis macam ni senang-senang je mengomen. Aku mungkin tak berapa nak tahu macam mana keadaan bagi pihak yang terlibat.

Apa yang pasti video yang dimainkan untuk perasmian IDe Night tu memang best. Bijak betul siapa yang buat video tu. Aku suka tengok video tu. Tercemburu sekali lagi. Nak belajar buat grafik design, belajar buat short video, belajar manage event, nak tangkap gambar….. Semua aku nak…. Semua yang aku nak capai kawan-kawan aku dah boleh buat. Cehh… Cemburu lagi….

Tak ada gambar best yang dapat ditangkap memandangkan bateri kamera aku habis cepat sangat. Bateri cas dia dah rosak agaknya. Dapat la tangkap sikit gambar.Ada sesiapa yang nak belanja aku bateri cas? Bateri cas yang adik aku beli mungkin cetak rompak punya kot. Ada ke bateri cas cetak rompak?

Kepada Zul a.k.a Mangges, ebook pasal Nuffnang tu nanti aku bagi eh. Dah tak ada dalam laptop aku ebook tu. Ebook yang baru download macam tak best je sebab tak berapa nak detail cerita dia. Nak cari ebook yang detail sikit.

Aku mahu menjadi seorang yang hebat. Hebat pengetahuannya, hebat peribadinya, hebat perilakunya, hebat personalitinya, dan semuanya hebat-hebat belaka.

Related posts:

  1. Seminar Kecergasan U.S.T.A (ITF) Kali Ke-2 Bahagian-2
  2. Seminar Kecergasan U.S.T.A (ITF) Kali Ke-2

0 thoughts on “IDe Night Kali Ke-2, UniSZA

    • @manggosteen, nnt jmpa aku bg kat ko ebook tu.

      trafik utk blog kena ada gak la….

      nak tau stat trafik blog, ko boleh la guna web counter dgn stat counter…. aku guna google analytic… tp ko boleh je pilih yg lain. tgk la yg mana ko suka…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge