Practice Man…. Practice….

“Practice Man…. Practice….” Tu adalah antara quote kegemaran aku yang terbaru. Quote tu aku dengar kat dalam satu mp3 motivasi yang bertajuk “Eat That Frog” yang di download dari satu forum omputih. Ada banyak lagi isi penting kat dalam tu. Tapi masih belum diaplikasikan sepenuhnya lagi. Aku suka betul cara orang tu cakap ayat tu. Sangat menarik perhatian aku.

Dalam apa-apa bidang pun kita boleh menjadi hebat dalam bidang tu dengan latihan dan kesabaran. Sebagai contohnya jika seseorang tu lemah dan tak pandai melukis dengan latihan yang banyak dan berterusan beliau juga boleh menjadi seorang yang hebat bila melukis.

Lagi, jika seseorang itu ada kelebihan dalam sesuatu bidang tidak semestinya kita kekurangan dalam bidang tu. Cuba lihat apa yang dia lakukan. Mesti ada sesuatu yang dia lakukan sehingga dia mempunyai kelebihan dalam bidang tu. Kemudian kita ikut pula apa yang dia lakukan sehingga kita pun bagus macam dia.

Peringatan untuk diri sendiri: Aku perlu buat latihan melukis, sketching, dan rendering banyak-banyak lagi. Practice man…. Practice….

Think on Paper

Sekarang ni aku dah tulis 2 list kerja yang aku kena buat. Satu untuk subjek DIS3044 Rendering Technique dan satu lagi untuk kerja subjek-subjek lain. List untuk aktiviti online pulak belum dibuat lagi. Silap-silap haribulan list untuk aktiviti online lagi banyak dari list untuk belajar.

Seeloknya, rancang aktiviti hari esok hari ini. Sebelum masuk tidur ambil masa untuk menulis aktiviti yang hendak dibuat. Sepatutnya itu la yang aku kena buat dan aplikasikan. Tapi benda ni aku buat dalam seminggu je. Lepas ni kena disiplinkan diri untuk buat balik benda ni.

Take Action

Merancang saja tanpa mengambil apa-apa tindakan pun tak guna jugak. Lepas buat list panjang-panjang, lepas buat perancangan rapi dan semua bagai, jangan lupa ambil tindakan. Penting sangat benda ni.

Orang biasa yang melaksanakan apa yang dia rancang lebih baik daripada seorang genius yang banyak berkata-kata dan membuat perancangan yang hebat-hebat tapi tak ambil apa-apa tindakan untuk melaksanakannya.

Setiap kejayaan itu tak datang bergolek. Usaha itu tangga kejayaan. Aku perlu usaha lebih lagi. Aku perlu usaha lebih lagi. Aku perlu usaha lebih lagi. Aku boleh!

No related posts.

0 thoughts on “Practice Man…. Practice….

  1. BEst artikel ni.. pepatah arab ada berbunyi: ilmu tanpa amal seperti pokok yg tidak berbuah. :-) . Mungkin dpt sesuai dgn practice man.. practice..

    ”Seeloknya, rancang aktiviti hari esok hari ini. Sebelum masuk tidur ambil masa untuk menulis aktiviti yang hendak dibuat.”

    Betul tu. ;-)

    • Kita belajar banyak sgt benda baru dgn adanya internet nie… nak amalkan tu pun mencabar jugak. Menjadi cabaran untuk diri sendiri supaya dapat amalkan ilmu yg dipelajari :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge