Puasa Hari ke-2, 1431 Hijrah

Assalamualaikum, hari ni aku bersahur dengan berpotong-potong roti sandwich Hawaii Bakery, 2 bungkus jajan Mamee perisa BBQ, baki air 7-up malam semalam dan separuh botol air kosong. Hari ini lebih baik baik dari semalam memandangkan semalam aku bersahurkan air kosong dengan asam yang ada banyak gula tu… Tak tau la apa nama dia.

Lagi satu, tadi dalam pukul 5 pagi kawan aku, nama dia Shafiq, ajak aku keluar. Niat dihati nak beli makanan untuk sahur dekat mana-mana kedai. Tapi hajat tak kesampaian pulak. Kedai makan banyak tutup. Lagi best kedai makan 24 jam pun tutup. Keputusan disaat akhir, singgah 11-Eleven. Aku beli jajan Mamee dan Shafiq beli roti 2 buku. Habis cerita.

Kesimpulannya, Sahur En Zulfadhli mahupun kawan aku En Abdul Bari adalah lebih sedap rasanya. Sebab apa lebih sedap, sebab dia orang masak sendiri. icon smile Puasa Hari ke 2, 1431 Hijrah

Perhatian: Download percuma: Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1431H/2010 M kat sini. Nanti boleh la bersahur dengan tenang.

Petang nanti nak pergi shopping untuk beli tiket balik raya 2hb September 2010 nanti. Beli kelengkapan lukisan untuk subjek DIS3044 Rendering Technique. Budget duit habis dalam RM150 termasuk dengan harga tiket.

Hari ini rasanya sekurang-kurangnya 2 entri baru aku nak post kan. Semalam dapat santapan untuk rohani, pasal Solat. Terketuk batang hidung sendiri.

Aku mahu menjadi seorang yang menjaga solat. Aku mahu menjadi seorang yang menjaga solat. Aku mahu menjadi seorang yang menjaga solat.

Bateri cas kamera rosak, tak boleh nak tangkap gambar. Ni mesti bateri cas cetak rompak. Ada sesiapa nak belanja bateri cas?

Related posts:

  1. IDe Night Kali Ke-2, UniSZA

0 thoughts on “Puasa Hari ke-2, 1431 Hijrah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge