Belajar Dan Terus Belajar

Hari ni masa kelas DIE3012 Photography aku ada terdengar seorang kawan aku mengajar kawan aku yang lain pasal DSLR. Banyak lagi rupanya benda yang aku tak tau pasal DSLR ni. Nasib baik sahaja aku tak segan untuk bertanya bila aku ada masalah masa menggunakan kamera DSLR tu. Tapi macam macam mana pulak kalau aku tak tahu yang aku tak tahu pasal DSLR tu?

Kan bagus ada buku panduan, sekurang-kurangnya semua mode, menu, button kat kamera tu ada penerangannya kat dalam buku panduan tu.

~Pepatah Baru~

Bercinta dengan buku,
Berkahwin dengan peperiksaan,
dan berbulan madu dengan keputusan.

Aku ada terdengar ayat ni masa kelas UIE3012 Hubungan Etnik. Pensyarah aku tu memang suka bercakap dan bercerita. Lagi pulak waktu kelas berlangsung dari jam 5 -7 petang. Kalau pensyarah aku tu tak pandai menghiburkan kami pelajarnya… Alamatnya ramailah yang tidur dalam dewan kuliah tu…

~SEO dan Adsense~

Aku dah berjaya menduduki page pertama google untuk beberapa keyword pilihan aku. Keyword tersebut tak banyak persaingan jadi agak mudah untuk masuk page pertama. Mungkin aku perlu belajar sedikit pasal link wheel untuk kukuhkan kedudukan blog di tempat pertama.

Dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan sebanyak 1USD/day buat masa ini. Mungkin aku perlu tambah kandungan blog dan naikkan trafik blog yang berkaitan. Tapi aku betul setkan jangka masa dan tarikh tamat untuk mencapai target tersebut.

Related posts:

  1. When DSLR Meet Me
  2. Aku Mahu Belajar SEO….
  3. Perpustakaan UniSZA – Benda Baru
  4. Terbaiklah…. Semester ni….
  5. It’s Cuti Time…

0 thoughts on “Belajar Dan Terus Belajar

    • huhu…. aku pun pakai kamera yg pinjam fakulti aku punya… huhu… aku ada tbaca kawan aku nk jual dslr nikon d60… rm 1500 klu tak silap… huhu tak tahu la mcm mana keadaannya… katanya baru guna 5x…

      aku sendiri pun kalau cukup sen nak angkat 1 utk diri sendiri :D

    • kalau ko dpt cari bawah seribu… baik check betul2… semua atas seribu je… nikon d90 harga nak dekat 4k… huhu aku pun nk gak sebijik dslr nie :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge