Hari Pertama Perkuliahan Selepas Cuti Raya…

Buat pertama kalinya tajuk entri aku panjang cenggini… Selalunya pendek aje. Kepada yang masih belajar dan duduk di pantai timur, apa macam dengan hari pertama perkuliahan selepas cuti raya ni? Masih dalam mode raya lagi ke… Kalau ya, cepat-cepat tukar mode tu. Yang duduk pantai barat… Aku tau korang punya start besok hari Isnin, 20/09/2010.

~Cerita 1~

Aku perlu biasakan bangun awal pagi semula, baru senorok dapat datang ke kelas awal. Hari ni aje agak ramai kawan-kawan aku yang datang lambat. Nasib baik aje sesi kelas pagi ni 2 jam dan mereka lambat 1 jam sahaja. Alasan… Bas rosak atau lambat. Tapi yang mana rumah dia dekat je tapi lambat pulak, aku pun tak tau kenapa dia orang lambat.

Minggu depan kalau aku tak silap ingat 3 ujian bakal diadakan. Tu tak kira lagi kalau ada subjek lain yang nak buat ujian jugak. Minggu ni kena rajin lebih dari biasa la nampaknya. Tak pe… Aku memang nak jadi rajin lebih dari biasa pun icon biggrin Hari Pertama Perkuliahan Selepas Cuti Raya...

~Cerita 2~

Semalam aku ada terbaca pasal Ujian Menulis Blog Selama 90 Hari. Menarik juga entri tu dan mungkin boleh aku aplikasikan. Walaupun sekarang ni masih merangkak-rangkak lagi, tapi rasanya tak salah mencuba. Pandangan owner blog tu memang boleh aku terima. Sekarang ni pun aku ada beberapa blog yang jarang diupdatekan. Tapi boleh mula dengan blog ni je dulu kot.

~Cerita 3~

Cabaran SEO 90 Hari, aku ada terbaca pasal benda ni. Tapi tak dapat nak join pun sebab keadaan sekarang tak mengizinkan aku beli ebook tu. Cerita pasal buat duit guna Amazon kot ebook ni. Aku ada tengok niche blog yang promote barangan dari Amazon ni dan ikut kata hati aku memang mampu untuk buat blog yang lebih kurang sama. Rasanya aku faham tapi mungkin tak tahu, macam mana pulak ni kan… (-_-’)

~Cerita 4~

Semalam aku dok berborak dengan seorang kawan. Hobi dia tangkap gambar dan cari duit pun dengan tangkap gambar. Tengah-tengah bersembang tu ada la masuk cerita sikit pasal SEO a.k.a search engine optimization, domain hosting, adsense, affiliate, teknik seo, dll

Soalan cepu emas buat aku… “Fahmi, ko tau macam-macam pasal benda kat internet ni. Tapi aku tengok kenapa ko duit adsense ko sikit je?”

Terkedu sebentar…

I need to learn to be a people person. It’s going to make me a better person.

Cek ke-2 Nuffnang aku dah masuk akaun Maybank. Baru guna untuk bayar bill broadband RM109. Semoga Nuffnang baik hati bagi cek lagi lepas ni icon biggrin Hari Pertama Perkuliahan Selepas Cuti Raya...

Related posts:

  1. Duit Adsense Aku yang Pertama
  2. It’s Cuti Time…
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri
  4. Puasa Hari ke-2, 1431 Hijrah
  5. Hari-Hari Sibuk….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge