Tekanan a.k.a Stress

tekanan a.k.a stress Tekanan a.k.a Stress

Hidup tanpa masalah bukan hidup namanya.

Assalamualaikum. Dalam hidup ni macam-macam masalah dan dugaan yang kita hadapi. Kadang-kala tu tekanan juga dibuatnya. Tapi itu tidak bermakna kita harus terlalu mengikut perasaan sehingga sanggup membunuh diri. Hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Agaknya sekarang ni musim orang bunuh diri agaknya.

Ada banyak punca tekanan ni. Keadaan sekeliling pun turut ada sahamnya. Aku bagi contoh, masa cuti raya 2 minggu, aku duduk rumah pun agak stress a.k.a tension dengan kelembapan broadband Streamyx yang juga dikenali dengan nickname Siputmyx tu. Tak cukup internet yang lembab tahan gaban, connection pulak asyik putus-putus aje. Sampai nak buat kerja pun susah.

Tapi contohnya bukanlah contoh masalah-masalah kronik macam masalah gejala pembuangan bayi yang tengah membarah sekarang ni. Aku tak faham kenapa perlu cari penyelesaian terhadap masalah yang timbul sahaja iaitu “pembuangan bayi” dan bukan cegah dari punca masalah tu.

Jangan dekati zina apatah lagi melakukan zina.

Tips Menghadapi Masalah

Bila kita menghadapi masalah jangan terlampau fokus dengan masalah yang kita hadapi. Kalau kita asyik fikir masalah aje nanti masalah la yang kita akan dapat dan jemput masuk dalam hidup kita. Tu adalah prinsip Hukum Tarikan a.k.a Law of Attraction. Jangan lupa juga untuk ingat kepada Allah S.W.T.

Fokuskan kepada apa yang kita inginkan dan apa yang kita mahu bukan kepada masalah yang kita hadapi.

Ketahui apa yang kita inginkan setiap kali kita buat sesuatu dengan bertanya dengan diri sendiri “Apa yang aku nak dari ____”, “Apa yang aku mahu ____”, atau apa-apa je soalan yang boleh mengalihkan fokus kita terhadap apa yang kita mahu.

No related posts.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge