Bukan senang jadi ketua. Itulah yang aku dapat simpulkan dari aktiviti perkhemahan asas pelayaran yang aku sertai. Cuma bayangkan aku sebagai ketua kumpulan tak dapat nak mengingati ahli kumpulan dan nama mereka. Lagi-lagi pulak budak perempuan. Kalau ingat pun mesti terkeliru dengan budak lain.
Satu lagi kadang-kadang tu ahli kumpulan aku tak cukup dan budak yang tak datang tu pulak aku tak ingat nama dan rupa mereka… Macam mana dan apa yang perlu aku buat? Nasib baik sahaja ahli kumpulan yang lain ingat nama dan rupa mereka yang tak datang tu.
~Ruang untuk Penambahbaikan~
- Aku tak dapat mengawal ahli kumpulan dengan baik.
- Aku tak ingat nama dan rupa ahli kumpulan.
- Aku tak tahu apa tugas yang perlu dilakukan oleh seorang ketua kumpulan.
Itu baru kes ketua kumpulan yang kecil. Macam mana pulak bila dah jadi ketua keluarga dan lain-lain ketua yang lebih besar tanggungjawapnya nanti.
Kita adalah ketua kepada diri kita sendiri. Oleh itu pimpinlah diri kita menuju kejayaan di dunia dan di akhirat. Bentuk diri kita agar kita tak menyesal di kemudian hari.
No related posts.
kalau jd ketua keluaga tak kan tak ingat nama anak kot..
ahahahaha…
haha… xde la sampai mcm tu rasanya…
cuma aku nak kata… tu baru tanggungjawap yg kecik… belum tanggungjawap yg lagi besar…
kalau ada gak ketua keluarga yg tak ingat nama anak… tak tau nk kata apa…. terkedu….