Duit…. Duit…. Duit…. Dimana Kau….

Dilema sebagai seorang pelajar… Duit belanja tak cukup la… Tak cukup masa la… Awek merajuk la… dan banyak lagi masalah lain yang tak kurang hebatnya. Ada pelajar yang buat kerja part-time dan ada juga yang buka perniagaan lain. Tak kisahlah apa jenis perniagaan mahupun servis yang dia orang buat janji dapat duit yang halal.

Sem ni perbelanjaan aku agak kasar. Jadi duit PTPTN tu pun dah nazak dah. Tinggal stok belanja tak sampai satu bulan pun. Lagi pulak nanti kelas aku mungkin akan buat lawatan ke Bukit Tinggi, Pahang. Kalau tak silap kena bayar dalam RM100 untuk lawatan tu. Tambah lagi nanti ada jamuan raya + majlis anugerah pelajar cemerlang dan kena bayar RM4.

Tengok nak datang jamuan pun kena bayar… Tak datang pun kena bayar jugak… (-_-’)

Aku ada buat perkiraan. Di mana aku memerlukan USD20 setiap bulan untuk maintain aktiviti berblogging aku. Itu termasuklah harga domain-domain yang aku miliki, hosting , dan bill broadband. Lebih kurang dalam USD0.70 sehari. Tengok akaun ADSENSE pulak purata incomenya lebih kurang USD2 seminggu. Duit dari Nuffnang pulak ikut musim.

Sekarang ni kena fokus untuk CARI DUIT… CARI DUIT dan CARI DUIT. Belajar melukis, belajar render, belajar itu, belajar ini, belajar itu… DLL

Aku kena belajar kawal perbelanjaan dengan lebih baik lagi.

Aku juga perlu belajar mengurus masa dengan lebih berkesan lagi.

Aku juga sangat-sangat perlu mengawal diri agar buat kerja di awal waktu.

Aku juga kena usahakan lagi agar pendapatan internet aku dapat menampung perbelanjaan harian aku.

Fahmi usaha lagi… Fahmi usaha lagi… Fahmi usaha lagi…

Related posts:

  1. Duit Datang dan Pergi….
  2. Hari Pertama Perkuliahan Selepas Cuti Raya…
  3. Duit Adsense Aku yang Pertama
  4. Google Adsense…. Memeningkan Kepala….

0 thoughts on “Duit…. Duit…. Duit…. Dimana Kau….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge