Self control a.k.a kawalan diri sangat-sangatlah diperlukan bagi memastikan aku melakukan apa yang patut aku lakukan dan bukan sebaliknya. Kadang-kadang tu sedih juga sebab kawalan diri yang masih rendah dan sekaligus mengkompromikan prinsip yang aku pegang. Secara tak langsung juga prinsip yang dipegang itu semakin lemah pegangannya dan berevolusi secara perlahan.
Bila difikirkan semula… Jika aku bertanya dengan diri sendiri kenapa aku melakukan perkara yang aku tak suka tu… Akhirnya jawapannya mungkin untuk menggembirakan diri aku juga… Kenapa aku mahu mencapai apa yang aku mahu capai…. Ia untuk menggembirakan diri sendiri.
Kenapa pula kadang-kadang aku melakukan perkara yang aku sendiri tak suka untuk lakukan. Jawapannya juga untuk menggembirakan diri sendiri. Jika ada 2 orang dalam diri aku, satu yang baik dan satu yang nakal. Aku boleh buat kesimpulan kedua-dua belah diri aku pun mahukan aku mencapai apa yang aku mahu… Iaitu menggembirakan diri sendiri.
Jadi apa yang aku mahu sekarang ni ialah supaya diri aku yang nakal membantu diri aku yang baik itu untuk mencapai segala target yang aku mahukan sepenuhnya. Diri aku yang nakal akan berkorban apa sahaja untuk memastikan segala kemahuan diri aku yang baik itu mencapai targetnya.
Apa yang aku mahukan?
Aku mahu menjadi seorang yang menjaga solat 5x sehari semalamnya.
Aku mahu menjadi seorang yang menjaga tingkahlakunya.
Aku mahu menjadi seorang yang menghargai masa.
Aku mahu menjadi seorang yang hari ininya lebih baik dari semalam.
Jika tak dapat buat semua, jangan tinggalkan semua sekali.
It’s better late than never.
Semalam aku blog walking, jumpa hadith yang sangat-sangat memberi peringatan. Lagi-lagi pulak dengan masalah soSIAL yang kian membarah dalam masyarakat Melayu Islam kita…
“Barang siapa berzina atau minum arak, maka Allah mencabut iman dari dadanya seperti orang menanggalkan pakaiannya daripada badan.”
Related posts:
Salam petang sahabat…
apa yg sahabat bicarakan tu aja jua kebenarannya..
skrg bg suri apa yang kita rasa nak buat yang terbaik maka kita harus lakukan usaha tersebut perbuatan dri skrg.
alahai terasa nk cari tmpt kje baru pulak heee.. btw job gomen cam susah je nak dpt adeiii
setuju sgt… klu lmbat2 nnt tah jadi tabiat… susah nk tukar…. jadi lebih baik ubah awal2
selalu dengar kat IKIM.FM pasang hadis yang bermaksud
“seorang pencuri tidak akan mencuri pada semasa dia beriman
seorang peminum arak tidak akan emminum arak semasa dia beriman
seorang penzina tidak akan berzina semasa di dalam hatinya terdapat iman”
dan begitu lah seterusnya…
erm… mcm penah dengar hadith nie…
itulah kan… kena dekatkan diri Tuhan… jaga solat… sbb salah seoarang lecturer sy pun ada bg nasihat part tu….
dia kata… benda pertama dia baiki sebelum dia betulkan benda lain dlm diri dia ialah memperbaiki solat 5waktu sehari semalam tu… lepas tu nanti benda lain mesti akan ikut dgn sendirinya…
yg menjaga tu solat tu yg masih terkial2 lagi, terutama subuh huhu
erm… lebih kurang la…
antara benda yg aku nk improve… solat penuh dan diawalkan