Sekarang ni aku perlu merajinkan diri lebih dari biasa. Rasanya selepas pergi camping Asas Pelayaran kat Kem Bari aku terlampau banyak menangguh. Jika sebelum pergi camping aku boleh buat sekurang-kurangnya 1 sketching, lepas pergi camping satu sketching pun tak dapat buat. Siapa nak disalahkan?
Minggu depan aku ada Crit Session (critique session) untuk subjek Rendering Technique. Tapi satu panel pun aku belum buat lagi… Ni dah masuk tahap bahaya dan perlu push diri untuk mula buat sketching. Nanti bila dah mula baru dapat momentum untuk terus buat sketching baru. Tu baru satu subjek dan ada jugak kerja untuk subjek-subjek yang lain.
Material Technology – kena pilih satu material yang tak dipelajari dalam kelas dan buat esei.
Electric and Electrnic – kena cari satu alat elektrik yang rosak, kenal pasti punca, cadang redesign dan lukis dia punya litar elektrik dan buat report.
Asas Pembudayaan Keusahawanan – kena buat satu plan untuk bisnes. Buat yang simple aje tapi nak kena ada kertas kerja. Contoh dah bagi cuma kena edit aje lagi.
Rendering Technique – Kena buat 40 sketching, mungkin kena tekankan kat layout (presentation), rendering, dll… Confuse sikit kat sini…
Related posts:
pssstt,,,..
masa untuk menyibukkan diri..
hehehe
hehe… masa utk susun waktu 24jam yg Tuhan bg tu betul2
Bro ambil course apa?
Marine enginering ke?
xde la… ambik course industrial design…
rendering? sketching? mcm buat animasi ja huhu..xpa slow2 buat nnt siap gak hehe
hehe… mmg kena buat pelan2 sbb belum pro lagi…
dan banyak lagi benda yg kena improve…
Fuh, memang cabaran semua tu. Langkah pertama yg agak susah, sekali dah mula, pasti senang. Hehe.
hehe… setuju… lepas mula nnt insyaAllah boleh teruskan aje… keje yg kita nk buat tu…
study kat mana bro?
kat Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu… Nama Universiti Darul Iman Malaysia yang baru ditukar…