Assalamualaikum.
Aku dah lama sangat nak cerita pasal politik kat dalam blog ni. Tapi tak kesampaian atas sebab-sebab yang sepatutnya boleh dielakkan. Banyak lagi kekurangan pada diri aku ni yang perlu aku perbaiki. Tapi setakat ini, motivasi diri aku ada turun dan naiknya. Kadang-kala baik, kadang kala kurang memuaskan dan perlu dipertingkatkan lagi.
Entri ni adalah berdasarkan sudut pandangan aku sendiri…
1. Politik di Malaysia ni masih berasaskan perkauman. Kalau tak betul tu minta maaf la. Tapi dari kaca mata aku itulah yang aku nampak. Atas sebab itu jugalah kalau sesuatu parti buat sesuatu yang tak sepatutnya ia lebih mudah dikategorikan sebagai sentimen perkauman. Apabila bercakap pasal kaum, kat semenanjung ni yang utamanya dah tentulah kaum Melayu, Cina, dan India. Tak dinafikan ada juga parti yang berasaskan agama dalam perjuangan mereka.
2. Bila sebut pasal parti aku akan terfikirkan apa perjuangan mereka. Kebanyakan parti yang ditubuhkan tu aku tak faham sangat apa perjuangan parti Keadilan sekarang ni. Kalau aku tak silap faham, mula-mula tertubuhnya dulu untuk menuntut keadilan bagi DSAI. Selepas DSAI ni dibebaskan, aku tak nampak apa hala tuju parti Keadilan ni.
3. Aku bukan budak law yang arif pasal undang-undang. Aku jugak bukan orang yang arif pasal politik. Cuma aku ambil tahu serba sedikit pasal politik ni agar aku tak tertipu dengan mana-mana agenda pihak tertentu. Pembangkang hentam kerajaan dan kerajaan hentam pembangkang. Kadang-kadang tu rasanya macam buang masa je ambik tahu pasal politik ni sebab nanti akhirnya aku jugak yang pening.
4. Ada pihak yang menggunakan alasan kita tidak bersyukur apabila tak menyokong sesuatu parti. Kalau dipersonalkan, dia kata “Aku tak bersyukur sebab tak sokong sesuatu parti”. Kalau dulu aku pernah tonton kat TV ahli politik tu boleh kata “Aku tak patriotik sebab tak sokong sesuatu parti”. Aku dengan emo nya telah tulis satu entri blog masa tu tapi entri tu dah hilang dah. Tengok semuanya disandarkan ke atas parti.
5. Dalam keadaan tertentu aku boleh katakan ada parti dan kepimpinan mereka tak boleh ditegur. Kalau kita rakyat Malaysia ni tak sayangkan mereka tak adalah kita susah payah nak tegur. Nak tegur tak boleh jadi ada rakyat yang ambil keputusan untuk menyokong pihak lain waktu pilihan raya umum. Paling best sekali ada yang terus tak nak pergi mengundi sebab tak nak terlibat.
6. Aku memilih pemimpin yang boleh memimpin. Paling tidak biarlah pemimpin yang tertingginya ada ciri-ciri pemimpin yang baik. Kalau ketua paling tinggi kencing berdiri, anak-nak buah dia kencing berlari la. Kat sinilah pentingnya kita memilih pemimpin yang adil yang boleh meletakkan sesuatu pada tempatnya. Silap pilih pemimpin kita rakyat ni la yang sakit, ini tak kena la itu tak kena la… Macam-macam halnya.
7. Pelajar universiti dan politik… Aku tak tahu la apa statusnya sekarang. Masa aku masih belajar di peringkat diploma dulu aku aku tak boleh. Silap-silap nanti kena buang universiti pulak. Yelah kan katanya kita pelajar ni masuk universiti ni kena belajar. Kat sini kalau setakat belajar untuk peperiksaan je apa guna. Nak jugak belajar untuk hidup.
8. Aku boleh katakan seolah-olahnya dan mahasiswi sekarang ni dihasilkan untuk mengikut perintah aje. Jangan sesekali mengeluarkan pendapat mereka. Ikut aje telunjuk bos kat atas tu. “Melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang takut untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat.” Tak tau la… Rasanya itulah targetnya kot. Kalau kita suarakan jugak, kena ugut nanti kena buang universiti. Baru fikir nak tegur tapi terfikirkan UGUTAN tu tak jadi la nak tegur. Akhirnya ada yang ambil keputusan tak nak ambil peduli. Jumudlah politik kat Malaysia nanti. Itu belum kira part lain lagi. (-_-’)
Nanti-nanti aku letak lagi apa-apa pandangan aku dalam entri lain. Risau jugak sebab sekarang ni blogger pun boleh kena saman.
Kebelakangan ni aku jarang update blog. Kena lakukan sesuatu dan usahakan update secara berterusan. Usaha lagi Fahmi kau BOLEH!
Broadband aku dah kena bandwidth limit. Tapi Alhamdulillah internet tak de la slow sangat.
No related posts.
Salam. Syabas kerana pandangan yg berani. Saya amat suka sikap terbuka sebegini.
Pandangan2 di atas ada benarnya & itulah suasana politik di Msia. Macam2. Pening juga kalau fikir.
@Hadi Rofiee, sekadar memberi pendapat… banyak faktor yg mempengaruhi seseorang dlm buat keputusan… kadang2 oelh sebab yang kecil aje pun boleh jadi penentu dlm pilihan mereka memilih pemimpin…
rasanya tu baru sikit… byk lagi… lain org lain lain pendapat…
entahlah.. selalu mendoakan semuanya baik2 sahaja..jangan ada pergaduhan seperti megara luah thialand..dan lain2 tempat sudahlah…jauhkan….
peaca no war! =)
@suri, setuju… bergaduhan xbawak apa2 kebaikan… melainkan ia disalurkan ke tempat yg betul… klu para pemimpin bergaduh, buruk sgt nmpaknya.
sebab kita anggap mereka tu berpendidikan dan berilmu… kadang2 tu pulak bergaduh macam budak2… tgk pun boleh sakit hati jugak…
susah jugak bila jadi macam tu… bergaduh yg xde faedah… buang masa jek…
hehehe..suke2 entry nie…tapi mase aku belajar STPM dulu kemajuan negara bergantung pada 3 benda.ekonomi,sosial dan politik…..so kalu nk negara tu maju 3 benda ni kena stabil….x tahu la betol ke x huhuhu
@Jue, hehe… betul la tu kot…
saya juga sukakan orang yang berani.
bila jumpa orang yang berani, kita akan jadi berani
barulah bertul peribahasa
‘berani kerana benar’
tapi sekarang ni yang banyak berlaku
‘takut kerana benar’
even me pun..
takut..
@puteri, hehe… tu la sekarang nie… susah sikit… yg benar jadi salah dan salah jadi benar… tu huru9hara dunia nie….
hehe cari la kawan2 yg berani… nnt dpt la sikit keberanian dia org tu…
time mengundi dah tak tahu nak pilih mana heeee..
apapun hanya Tuhan sahajalah yang tahu mana perkara yang benar atau sebaliknya..
@suri, hehe… janji mengundi dan undi tu bukan undi rosak sudah… skarang ni ramai yg tak mengundi langsung…
teringat masa sidang majlis dewan rakyat tu..mamalukan sungguh kan…
@suri, hehe… betul tu… org yg berpendidikan tp bergaduh macam budak2 jugak
salam. jarang buka blog. tapi tertarik juga dgn komen korang. harap sembang politik di ruang ni akan menjadi satu topik yg positif….. parti politik sering disalahkan, tapi hakikatnya ahli politik yg secara individu atau kumpulan yg sering menyasarkan haluan sesebuah parti yg awal penubuhannya kearah kebaikan, tapi akhirnya jadi tak cacamarba.( negative )? …..ini terjadi apabila kepentingan peribadi ( individu ), lebeh mengatasi kepentingan yg ramai ( RAKYAT ).
kesedaran politik amat penting bagi menentukan arah pemerintahan negara di masa masa akan datang… tahniah pada korang yg maseh berminat untuk membincangkan hal hal politik….
@adi, setuju sesangat… individu yang merosakkan politik tu… semoga mereka2 yg nk menjadi pemimpin tu jujur dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawap mereka.
Atas sebab itu jugalah kita perlu memilih ketua yg mampu meminpin orang bawahan mereka. Bak kata orang… kalau guru kencing berdiri… anak muridnya kencing berlari…
buka minda! apa pun dlm berpolitik, individu itu sendiri sebenarnya membawa maruah parti yg di dokongnya………..niat dan sikap?….kalau menawarkan diri untuk jadi pemimpin, jadilah pemimpin yg bertanggung jawab, dan perihatin hal masaalah rakyat…..sebaliknya kalau niat masuk politik nak jadi perompak, merompaklah sepanjang masa…..yg akan menjengkelkan mata rakyat………..yg buruk dan kesan negatifnya, nama parti yg didokong.