Hari ni hari lahir aku yang ke-23 dan untuk tahun ni aku tak mengharapkan apa-apa sambutan pun. Tahun lepas sambut dengan kawan. Tapi kira ok jugak sebab aku sendiri pun bukan jenis yang suka sambut benda-benda yang macam ni. Boleh mati akal dibuatnya sebab tak tahu nak buat apa. Sambutan hari raya pun tak berapa nak sambut… Inikan pulak sekadar sambutan hari lahir…
Masa aku sekolah menengah rendah dulu, ada 2 orang kawan baik aku yang tarikh lahir mereka jatuh pada hari yang sama. Semenjak tu jugak la aku kekadang tu mencari budak lain yang sama tarikh lahir dengan aku pulak. Tapi tak sangka pulak dah masuk kat UniSZA ni terjumpa seorang kawan sekelas yang tarikh lahirnya sama dengan aku iaitu 15 Oktober. Bila dah tau rasa janggal pulak bila nak ucap selamat hari lahir kat dia.
Apa azam aku nak letak untuk hari lahir kali ni yek. Azam tahun sebelum ni tak berjaya dicapai. Erm…
Aku ada kegilaan yang baru… Iaitu main game RO
![]()
Related posts:
selamat hari jadi bro..semoga segala impian jadi kenyataan..
@khairolghani, Terima kasih… itulah yg diharapkan… nak semua impian tercapai
suri pun dah jumpa juga kawan yang sama hari lahir tapi dia lelaki heeee..dulu lain2 sekolah.. dia sekolah kat bandar melaka.suri sekolah kt ceruk kg..
masa suri dok keja kl barulah dpt jumpa..sambut sama2.pastu kami dah tak jumpa sebab suri dah dia pun dah ada kehidupan masaing heeee
selamat hari lahir sahabtaku..
murah rezeki..sihat selalu..
@suri, best gak celebrate birthday sama2 kan… lagi2 pulak dgn org yg tersayang…
biasa la kan bila dah besar2 nie…. masing2 ada kehidupan sendiri
@fahmi, harini baru2 ni dapat apa? hee..
tapikan setiap kali hari jadi suri dg dia sama suri mesti gelak..hee..sebab tak sangka dapat jumpa org cam tu tarikh lahir dia sama dgn kita hee..
@suri, tahun ni xde apa2 sambutan dan tak dpt apa2 hadiah fizikal… tp ada yg wish. Itupun dah OK dah tu…
Kalau dpt sambut dgn org yg saya suka…mesti lagi happy
Wah, sama umurlah kita, cuma bulan & hari ja tak sama. Hehe.
pa2 pun, moga dengan bertambahnya umur kita akan bertambahnya kebaikan. Aamiin.
Selamat hari jadi Bro.
@Hadi Rofiee, Terima kasih