Aku Si AJK Makanan…

Sejujurnya… Aku bukan la seorang yang aktif sangat. Tak pandai nak bergaul. Tak tau nak buat kerja… Dll… Jadinya… Aku tak melibatkan diri dengan sebarang aktiviti yang memerlukan aku berjumpa dengan ramai orang. Masa belajar kat UTHM dulu… Lebih kurang gitu la gayanya… Nak live testimonial boleh tanya dengan Zul kawan aku yang still belajar kat sana…

Disebabkan itu, makanya kat UniSZA ni ada sedikit perubahan yang telah aku lakukan. Aku cuba aktif sikit… Hasilnya, sem 1 aku dok main-main dengan sukan memanah.  Jadi la newbie sekejap. Sem 2 berhenti terus memanah tapi aku join pulak taekwondo. Asalnya sekadar untuk fitness jek. Target dia simple aje… Aku mahukan stamina macam atlet walaupun aku bukan atlet.

Team Gallery F.R.I.T adalah diantara batu loncatan untuk aku make over diri sendiri. Join untuk belajar bekerja dalam kumpulan, ikut arahan dan belajar dan tengok macam mana nak buat sesuatu kat dalam universiti ni. Maklumlah tak pernah jadi ajk pun sebelum nie. Dah tua-tua ni baru nak belajar. Tapi alhamdulillah, banyak jugak benda yang aku dapat belajar.

Hujung sem 2 yang lepas Team Gallery dan IdeC  ada buat Diploma Show. Acara untuk budak-budak diploma tahun akhir tunjuk hasil kerja dia orang kepada orang luar. Pendek ceritanya… Masa tu aku jadi AJK makanan.

makan kfc Aku Si AJK Makanan...

Best kalau dpt KFC ke, McD ke... Mesti bahagia jadi AJK makanan...

~Keluhan Si AJK Makanan~

Hari ni ada UniSZA Business Plan/Idea Competition.  Aku sekali lagi jadi AJK makanan. Aku bukan AJK rasmi pun, tak ada pun dalam senarai nama AJK rasmi yang mana nama dia orang tu ada dalam senarai nama yang dapat kelulusan dekan tu. Sekadar AJK sokongan kot…

Antara situasi tak best yang perlu dilalui AJK makanan:

1. Bekas makanan bersepah – Budak-budak ni tak reti-reti ke nak buang dalam tong sampah atau plastik sampah yang disediakan? Lagi banyak letak plastik sampah rasanya makin banyak pulak bekas makanan yang bersepah tu. Tapi hari ni tak banyak sangat bersepah sebab orang tak ramai.

2. Panas dan bahang – Tengok keadaan jugak. Kalau bernasib baik, cuaca mendung tak ada la panas sangat. Lagi-lagi pulak kalau kipas angin disediakan. Alhamdulillah, tak ada la panas sangat badan. Kalau ada masalah pun tak ada la panas hati sekali. AJK lain biasanya semua dapat duduk dalam air-cond… Adil sesangat kan…

3. Emergency – Ni apabila perjalanan acara terlalu cepat. Sepatutnya jadual makan waktu lain tapi tercepat pulak. Gawatnya bila makanan vip belum sampai lagi dan belum disediakan lagi. Macam mana nak jawap? Kalau ikut jadual belum waktu makan lagi ni… Tapi hari ni alhamdulillah tak ada masalah ni.

Makan tengah hari adalah yang terbaik. Puas aku makan lauk daging dengan epal hijau. Lauk pun ada banyak lebih sampai boleh tapaw banyak-banyak. Aku cuma tapaw epal jek.

No related posts.

0 thoughts on “Aku Si AJK Makanan…

  1. haha..aku dah merasa dah jd ajk mkanan masa pesta math dulu..
    sampah jgn ckp la..sume dok uuang merata2..
    pastu mkn pon tumpah2..
    tapi papepon..tu satu pengalaman..!

  2. Mungkin dah jadi tabiat kat malaysia ni.
    Lepas makan, sampah bersepah-sepah. Walaupun dah disediakan tong sampah.
    Kalau nak tengok, tengok la pasar malam. siang mesti banyak sampah kat tapak pasar malam tu kan?

    • @zezebel, hehe… pasar malam… mmg bersepah… kalau jalan pagi2 hari lepas pasar malam… huhu geleng kepala je la…

      nasib baik ada org kemaskan… tp tak tau la sape n dia keje ape…

    • @aimannajmy, hehe… sama la kita… pg KFC pun makan snack plate jek… huhu… tp tu la bila makan pulak asyik komen tak sedap dan tak nak makan lagi…

      tapi bila tiba masa kena makan jugak sebab member2 ajak makan kat sana :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge