Assalamualaikum. Sekarang ni baru awal bulan November. Kali ni peperiksaan akhir aku akan tamat sekitar 26 haribulan, kalau tak silap ingat. Akibat tragedi yang telah berlaku aku terpaksa mengurangkan aktivi berblogging dan blog walking aku. Tak dapatlah nak meninggalkan jejak dekat blog orang lain.
Kemudahan celcom broadband aku telah pun disekat. Setelah menerima beberapa siri ugutan amaran menyuruh aku membayar bil broadband aku nekad untuk tidak membayarnya sehinggalah bermulanya semester baru nanti. Lebih kurang membazir duit jugak tu sebab free free aje celcom dapat RM100 atas kemudahan yang tak aku gunakan…
Buat masa ni terpaksalah mengharapkan wifi UniSZA yang sangat-sangatlah laju. Sehinggakan asyik dapat error “The connection has timed out” saja. Nak sakit hati pun tak berbaloi pulak rasanya. Waktu-waktu cuti sebelum peperiksaan yang tengah tak ramai orang di hostel pun sambungan internet masih lambat. Mungkin pengurusan wifi UniSZA tak cukup cekap lagi.
Nanti-nanti kalau rajin aku nak buat satu fanpage kat facebook pasal wifi UniSZA ni kot. Boleh gak tengok berapa ramai yang akan like fanpage tu. Hehe… jangan nanti dikenakan tindakan tatatertib sudah…
Lebih kurang 11 hari lagi peperiksaan akhir akan bermula… Fahmi, persiapkanlah diri anda…
Duit adsense belum boleh di cashout kan lagi. Sedikit aje lagi baru boleh cashoutkan. Rasanya bulan depan mungkin boleh request untuk cashout. Usaha lagi Fahmi, cari trafik dan tambah kandungan blog.
No related posts.
slow la selkom berukband ni..aku bg adik aku guna
@fitri, ooo gitu ke… aku ambik celcom pun sebab bandwidth limit dia agak tinggi berbanding maxis… kalau balik kampung… langsung tak boleh guna… xde line 3g kat rumah…
kat hostel je boleh guna… huhu
lagi 11 hari????studylah fahmi…hahahaha!!good luck ok. do ur best,insyaAllah boleh..pasal berukband tuh….die mmg beruk ;P
@lizz, hehe… kena study n siapkan assignment… buat panel, sketching, and edit gambat
Beranilah tindakan buat fanpage, pa2 pun, aku sokong ja. Kurang2nya, bagi mereka tahu.
@Hadi Rofiee, boleh je buat… lepas tu buat2 zero knowledge pasal facebook kalau orang tanya… hehe…