C.I.N.T.A

Aku rasa aku adalah antara orang yang paling kolot sekali bila berbicara tentang cinta. Kalau orang tanya pernah bercinta ataupun tidak. Dengan mudah sekali aku jawap tak pernah. Sebab memang tak pernah bercinta. Umumnya bila berbicara tentang cinta, kita akan berbicara tentang cinta kita sesama manusia. Cinta dari seorang hamba Allah kepada hamba Allah yang lain.

~~Cinta Monyet~~

Aku sendiri pun tak faham sangat apa yang dimaksudkan dengan cinta monyet. Tapi kalau tak silap faham budak-budak sekolah yang bercinta tu masuk dalam kategori cinta money monyet la tu. Tapi boleh ke dikategorikan sebagai cinta? Cinta ke suka? Ataupun suka-suka? Aku rasa suka-suka je yang lebih.

Saja je ingin bercouple untuk buang masa. Mereka ni antara golongan yang mengalami sindrom kurang kasih sayang atau sindrom kurang perhatian. Makanya, mereka bercouple untuk dapatkan perhatian daripada kekasih hati la kononnya. Menarik jugak, sindrom kurang kasih sayang dengan sindrom kurang perhatian.

~~Suka-Suka Atau Serius?~~

Pada pandangan aku yang single mingle ni, umumnya ramai yang bercinta sekadar untuk suka-suka. Bercinta dengan orang lain tapi nikah nanti dengan orang lain. Dekat rumah dah ada pakwe/makwe tapi kat universiti ada pakwe/makwe lain. Di mana letaknya kesetiaan dia orang?

Kalau pasangan yang ingin berkahwin, boleh jugak la tanya… “Ke mana hala tuju perkahwinan kita nanti…”, “Apa matlamat perkahwinan kita ni…” atau apa-apa soalan yang lain.

Tapi kalau setakat baru couple-couple gitu aje… Fikir sendiri…

~~

with all my heart 1781 C.I.N.T.A

Cinta Atau Suka-Suka?

Bagi aku la… Kalau nak bercinta biar la penghujungnya nanti niatnya perempuan atau lelaki tu akhirnya akan dijadikan isteri ataupun suami. Kalau untuk suka-suka baik tak payah bercinta. Aku bukan bijak sangat dalam bab agama ni. Tapi rasanya bercinta sebelum nikah tak ada dalam Islam.

Kalau orang tanya nak bercinta tak? Aku dengan lajunya menjawap… “Nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk…” Tapi apa kan daya… Kena sabar dulu…

Ada satu banner kat kafe UniSZA yang tulis lebih kurang gini…

Menghampiri Zina = Haram
Couple = Menghampiri Zina
#Couple = Haram

Bestkan banner tu tapi sayang tulisan dia tak berapa nak nampak. Tenggelam dengan latar belakang banner tu. Sayang…

Cinta tak semestinya bermaksud memiliki. Kadang-kala kita perlu melepaskan mereka pergi.

Bercinta  memang manis. Tapi ia akan lebih manis sekiranya ia diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Aku kena cari alternatif lain untuk watermark gambar dalam blog ni. Gambar .gif kat atas jadi buruk icon smile C.I.N.T.A

No related posts.

0 thoughts on “C.I.N.T.A

    • hehe… ya… join contest yang Suri buat tu… last minute entri… ingatkan tarikh tutup 31hb :D

      jarang online kebelakangan nie… sibuk walaupun takde la sibuk mana pun :D

    • @Suri hehe… iya la agaknya ada yg minat dlm diam… sabar2 dulukan… masih muda lagi… :-)

      hehe… itu pun rasanya berterabur je ayat… :-D

  1. dah joint syukur Alhamdulillah..

    ingatkan tak der org nak joint masa mula2 bukak..yelah sebab contest suri tk ngetop cam org lain huuu,,

    terima kasih sebab joint ya :)

    • @suri hehe… seronok juga join contest nie…
      lagi pun tajuk entri nya umum aje… syarat pun ringan aje dan memudahkan orang nk join :-)
      Lagi pun best jugak buat entri pasal cinta ni… sekadar bagi pandangan diri sendiri :-)

  2. Pingback: Cahaya Cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge