Pertama sekali… Aku bukan kaki bola. Jadi jangan pelik kalau aku tak tahu berita pasal arena sukan bola sepak antarabangsa apatah lagi arena bola sepak Malaysia. Tak berminat nak ambil tahu.
Malaysia menang ke dalam perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno tu? Aku tak kisah sangat pasal kemenangan tu, tapi pasal cuti sebab Malaysia menang tu aku kisah.
Asalnya sesi perkuliahan akan bermula pada hari Ahad, 2 Januari 2011. Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 pulak telah umumkan bonus kepada warga felda cuti pada 31 Disember 2010. Sekarang kiranya bila pulak sesi perkuliahan akan bermula?
Aku tak faham sangat pasal anjak-anjak tarikh cuti ni. Konfius dibuatnya… Untuk negeri-negeri pantai timur 31 Disember 2010 tu dah memang cuti. Jadi cuti tu dianjakkan ke hari Ahad atau tidak? Sekarang ni sesi kuliah akan mula 2 Januari 2011 atau 3 Januari 2011?
Yang benar,
Aku yang keliru.
Aku tak minat bola sebab minat itu dah dialihkan ke tempat lain. Nak ajak aku tengok bola kat kedai? Tak ada masalah. Kalau aku lapar mungkin aku ikut, sambil-sambil makan tu boleh la tengok bola. Sekurang-kurangnya ada jugak orang teman aku makan. Sambil menyelam minum air.
Related posts:
Kalau lewat kuliah sehari sahaja bro tidak menjejaskan keseluruhan pengajian untuk semester tersebut
@akubiomed… Memang tak jejaskan keseleruhan pengajian untuk satu semester… Cuma aku jek yang tak mau ponteng tanpa sebab. Nanti bila ponteng asyik nak ponteng aje.
Itu antara sebab kenapa aku missed byk kelas semester lepas, sekali tak datang kelas… best pulak… lepas tu tak datang lagi… dan tak datang lagi… hehe xmau jadi kes cam tu lagi
Satu lagi, nak reserve utk hujung2 semester. Mana tau kena guna 20% kehadiran tu utk buat benda lain. Contoh ada assignment subjek lain yg perlukan lebih perhatian
La macamana boleh jadi macam tuh. Semasa di kolej saya menjaga kehadiran, apa yang dibelajar hari yang hadir belum tentu melekat dikepala sebabkan kita bukan top scorer pun perlu berusaha berkali-kali ganda yang dilahirkan genius
@akubiomed… hehe… tu la sbb nk jaga kehadiran…. datang kelas penuh pun belum dapat jadi top scorer… kalau tak datang kelas je lagi la kan…
lagi satu… nnt putus ilmu…
@fahmi , kat kuliah aku tak pakai dah sistem attendance.. utk fakulti kejuruteraan je la.. hehe.. tapi tak mantap gak..
@Izwan… best la gitu… boleh datang ikut suka… tp kehadiran hancus la…
@fahmi, macam best tapi tak.. lecture pun bijak, dah nama lecturer.. haha..
“we’ll have a quiz during class session but i’ll now inform when.. if u don’t come,
u’ll miss the quiz”..
lagi satu ayat camni.. ” i still take the attendance and this will help u during the
final.. who knows if u fail but ur attendance is good, i’ll consider based on ur
attendance”..hehe
so, now depend kat students r, pe tujuan diorang masuk ipt..
@Izwan, haha… mmg bijak… psiko student cam tu
dengan maksud lain… datang kelas jgn ponteng… kalau nk lulus… mana tau kalau2 tergagal plak kan