Tips Belajar Saat Akhir/Last Minit

Sekarang ni bukan musim exam bagi aku. Tapi memandangkan aku tengok ada keyword “tips belajar last minit” yang masuk ke blog ni. Aku kongsikan juga tips belajar last minit yang aku amalkan.

Kalau ditanya kenapa student suka belajar last minit ni, macam-macam alasan boleh kita dengar. Ada yang kata kalau belajar awal-awal nanti takut lupa. Ada yang kata subjek tu susah atau bosan. Tak pun asal baca buku aje terus ngantuk. Baca sikit aje buku tu lepas tu tertidur. Last-last buku tu yang baca kita.

Aku juga selalu belajar last minit. Antara alasan aku belajar last minit ni ialah tak ada bahan rujukan untuk subjek tu. Tapi selalunya aku berani belajar last minit kerana aku akan beri tumpuan yang tak kurang hebatnya di dalam kelas. Tak pun bila soalan peperiksaan tu soalan objektif.

Ni antara tips belajar disaat akhir/last minit yang aku sendiri amalkan.

  • Bertenang

Rileks, jangan gelabah tak tentu pasal. Panik tidak membawa apa-apa faedah. Salah diri sendiri jugak siapa yang suruh study last minit? Lepas bertenang, buat penilaian terhadap subjek-subjek atau bab-bab yang perlu dipelajari. Aku selalunya mengutamakan subjek yang agak berat dulu.

  • Tumpukan Bab-Bab Penting

Bila belajar last minit ni biasanya tak sempat nak study semua bab. Seeloknya study bab-bab yang penting dulu. Keutamaan harus diberikan kat bab-bab penting ni. Kalau ada masa aku akan study bab-bab yang lain. Kalau tak sempat juga aku akan baca sekali imbas saja ikut kesesuaian.

Saat darurat macam ni highligter sangat berguna. Highligh semua isi-isi utama. Senang sikit mata nak nampak isi-isi utama tu.

  • Buat Nota Ringkas

Aku pun tak pasti sama ada amalan buat nota ringkas bila study last minit ni betul atau pun tidak. Tapi itulah yang aku buat. Nota tu biar ringkas dan padat. Kalau boleh gunakan rajah atau gambar. Nak lagi best gunakan pen yang warna-warna untuk buat nota tu lebih menarik.

  • Rehat Secukupnya

Kita ni manusia bukannya robot. Badan kita perlukan rehat. Otak kita pun perlukan rehat. Berehat sekejap lepas belajar dalam satu tempoh yang lama. Bila dah study lama dan tak dapat-dapat nak faham, mungkin otak kita sudah lesu. Jadi seeloknya berehat dulu.

Bercakap pasal rehat. Walau macam mana pun aku akan pastikan aku tidur selepas belajar. Aku pernah blur dalam dewan peperiksaan sebab tak tidur dan study sepanjang malam. Kecewa sungguh, aku dapat B- untuk subjek statistik yang merupakan subjek kegemaran aku masa tu.

Pernah dengar atau terbaca tak pasal benda ni? Otak akan memindahkan maklumat yang diperolehi dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang waktu kita tidur. Atas sebab ni selalunya aku suka tidur lepas study tapi bila belajar waktu malam aje la. Aku tak suka tidur siang sebab aku rasa buang masa aje.

last minutes study  Tips Belajar Saat Akhir/Last Minit

http://www.geog.nau.edu/

  • Ikut Nasihat Pakar

Ni tips yang paling penting. Aku ni bukannya seorang pakar. Aku belajar ikut cara yang aku rasakan sesuai dengan cara aku belajar. Jika dirasakan sesuai dengan diri kalian, korang guna pakai la.

Apa azam tahun 2011 korang? Aku belum senaraikan lagi. Nak buat ke tak nak?

Related posts:

  1. Kerja di Saat Akhir…. Sampai Bila?
  2. Tips Belajar Untuk Pelajar
  3. Peperiksaan Akhir Tamat…
  4. Belajar Dan Terus Belajar

0 thoughts on “Tips Belajar Saat Akhir/Last Minit

    • @Sir Marcello, hehe… tak semua subjek boleh buat last minit… lagi2 pulak aku ada blaja subjek yg memerlukan aku sketching kemudian render plak…

      tgh belajar melukis sikit2 :-)

  1. nak blajar last minit boleh.. bukan xboleh
    tapi kene pastikan
    1- kelas/kuliah/tutorial xponteng
    2- dalam kelas klo xpaham, tny smpai paham
    3- jgn tdo/smbang dlm kles bnda yg luar plajaran
    4- biar lecturer kenal kita.. tgo/bg slm/tny
    bila dh phm dlm kels.. xyah susah nk fokus or terlalu fokus ms last day b4 exm

    gudlak 4 those who will take exm..
    me dah abes exm dah..
    hihihi

    • @puteri, setuju dgn tips yg Puteri bagi tu… kalau tak ponteng kelas dan faham masa lecturer ajar… boleh study last minit… kalau tak mmg cari masalah… :-)

  2. huhu..aku dulu memang suka stdy last minit..pastu cam biasa la bila result kluar cukup2 makan je…last minit dalm erti kata esok nk periksa mlm tu baru nk bukak buku yang dah berabuk sejak awl sem huhu

    • @aimannajmy, hehe… bagi kebanyakan study last minit tu biasa… belajar last minit ni result dia bila lulus pun dah OK… tp kalau dapat lebih… tersenyum lebar :-D

  3. Salam.

    Secara jujurnya, aku tidak boleh belajar saat2 akhir. Aku lebih suka belajar dari awal & sedikit demi sedikit. Hehe. Masing2 ada cara tersendiri.

    Aku ada seorang kawan yang belajar saat akhir. Apa yang aku kagum dengannya adalah kebolehannya mengagak & memberikan tumpuan pada bab2 yang penting. Sesuatu yang aku kurang mahir. :-)

    • @Hadi Rofiee, tak semua orang sesuai study last minit… ada jugak agak2 soalan tp tak keluar plak… lain dibaca lain yg klua… Bahaya study last minit nie…

  4. aku klau blaja awl2 tak masok punye..tp klau blaja saat akhir msok trus tue yg best nye markah pun top2 dlm 70 dan ke atas..tp klau subjek yg susah mcm sejarah tue kena blajar dri awl lh sbb bnyk fakta nak hafal . :D hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge