Tips Belajar Untuk Pelajar

Entri ni dah lama ada dalam draft post. Aku cilok dari buku percuma yang aku dapat masa majlis konvo dulu. Tengok siapa kata barang lama tak berguna? Tajuk asal dia Tips Belajar Matematik tapi aku tukar sikit dan tambah isi lain agar boleh guna untuk semua subjek…

  • Kehadiran & penglibatan dalam kelas

Sila hadirkan diri ke kelas. Jangan ponteng sebab bila ponteng kita akan putus ilmu. Teacher (sebab dia ajar BI) aku masa darjah 6 dulu pernah pesan “it’s better late than never”. Ada faham? Cikgu pesan lebih baik datang lambat dari tak datang langsung. Tapi masa belajar kat universiti ni ada je pensyarah yang jenis “it’s better never than late”.

Duduk dalam kelas tu pulak, jangan duduk macam tunggul aje. Sila-sila la dengar apa yang cikgu atau pensyarah ajarkan kat depan. Kalau tak faham tanya dan kalau tak faham lagi tanya sampai faham. Biar sampai yang mengajar tu tension tahap gaban pun tak apa. Pensyarah aku kat UTHM dulu pernah kata “Kami pengajar ni dibayar upah untuk membaca dan terangkan balik apa yang kami baca dekat kamu”.

Bila wujud interaksi 2 hala dalam kelas baru la yang mengajar tu seronok. Nanti tak ada la sindrom SS a.k.a syok sendiri. icon smile Tips Belajar Untuk Pelajar

  • Persediaan sebelum kelas

Persediaan sebelum kelas ni sangat bagus untuk diamalkan. Aku sendiri pun jarang amalkan tapi bila buat tu ada nampak keberkesanannya. Sebelum masuk kelas baca la sekali imbas tajuk yang akan pelajari sekejap lagi. Kalau subjek tu kelasnya waktu pagi, seeloknya malam sebelumnya itu kita sudah buat persiapan.

Bangun pagi nanti cuba ingat kembali apa yang kita belajar malam tadi. Ini akan menguatkan ingatan kita dan mudah-mudahan memudahkan kita faham ketika sesi pembelajaran nanti. Sekiranya kurang faham atau tak faham langsung, sila bertanya dengan cikgu. Jangan malu untuk bertanya. Sila rajin-rajinkan diri bertanya.

  • Mengambil nota dalam kelas

Ambil nota dalam kelas ni sangat-sangatlah penting. Tulis nota tu pulak biarlah menggunakan bahasa yang kita faham. Untuk mengambil nota kita perlu mencatatkan isi utama yang cuba disampaikan. Oleh itu kita perlu ‘kusyok’ dalam kelas tu. Dengar dengan teliti dan jangan buat bising.

Masa mencatat nota gunalah semua teknik-teknik yang dirasakan sesuai dan kena dengan gaya pembelajaran diri sendiri. Seelok-eloknya bandingkan pula dengan nota kawan-kawan yang lain. Mana tau kita ada terlepas catat nota-nota penting yang lain.

  • Bantuan rakan

“Apa guna ada kawan ramai….” Masa menghadapi masalah belajar ni lah gunakan mereka sebaik mungkin. Ambil kesempatan dengan bertanyakan kepada mereka. Korek ilmu mereka habis-habis. Belajar dulu kemudian kalau tak faham baru tanya. Jangan pulak terus tanya aje walhal tak belajar langsung pasal topik tu.

Kalau kawan minta pertolongan pulak bantu mereka. Jangan kedekut ilmu, tak baik simpan ilmu untuk diri sendiri sahaja. Lagi satu, bila kita mengajar orang lain ia turut meningkatkan lagi pemahaman kita terhadap topik yang kita ajarkan itu.

  • Belajar secara berkumpulan

Bila belajar secara perkumpulan, seeloknya kekalkan dalam kumpulan yang kecil. Tak perlu ramai-ramai. Ahli sekitar 3-5 orang sudah mencukupi bagi tujuan pembelajaran. Kalau ramai sangat dikhuatiri ia akan menggangu sesi belajar.Kata pun nak belajarkan? Kalau rama-ramai nanti jadi bergosip pulak.

Lantiklah seorang ketua bagi menguruskan kumpulan tersebut. Pastikan jugak kumpulan itu tidak tersasar dari topik yang dibincangkan. Tok ketua pulak bila tengok anak buat dah tersasar, sila-sila tegur dan bawak mereka kembali ke pangkal jalan semula. Ingat fokus tu penting.

  • Latihan dan latihan

Yang ini pulak tengok subjek. Kalau matematik atau yang melibatkan pengiraan, sah-sahlah kena buat latihan pengiraan banyak-banyak. Barulah dapat tingkatkan pemahaman. Subjek lukisan pulak kena la melukis banyak-banyak. Tiada jalan pintas untuk jadi pandai. Kita kena belajar, kita kena buat latihan. Bak kata orang kampung aku “practice make perfect”.

Harap-harap tips diatas dapat membantu sesiapa yang memerlukannya termasuklah diri aku sendiri. Akhir kata pembelajaran itu adalah proses sepanjang hayat, belajarlah selagi hayat dikandung badan.

Ilmu demi faedah insan (knowledge for the benefit of humanity), ini motto UniSZA sedapkan icon biggrin Tips Belajar Untuk Pelajar

Semalam aku belajar satu teknik bina backlink automatik. Mudah aje tapi kenapalah agaknya aku tak dapat-dapat nak buat. Pelik… Pelik…

Related posts:

  1. Belajar Dan Terus Belajar
  2. Aku Mahu Belajar SEO….
  3. Masa Untuk Merajinkan Diri

0 thoughts on “Tips Belajar Untuk Pelajar

    • @akubiomed, setuju… lagi pulak tu kat kafe bising… tambah pulak bila astro tu diorang buka channel bola… penyokong buat bising… (-_-’)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge