Warna-Warni Politik Di Malaysia

Kebelakangan ni aku jarang sekali baca suratkhabar. Cuma sekali-sekala terdengar di radio ketika memandu kereta. Aku tak tahulah apa kemelut yang dihadapi PKR. Aku tak ambil peduli sangat pun sebab aku sememangnya tak menyokong parti tersebut. Apa yang mereka perjuangkan pun aku tak faham.

Baru-baru ni pulak dengar-dengarnya dah wujud lagi satu parti politik baru di Malaysia ni. Nak kata baru macam parti lama pulak sebab nama lama dia Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang ditukar nama ke Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Lebih kurang macam penjenamaan semula la kot.

Aku tak pernah dengar pun pasal AKIM ni. Parti 46 dulu pun pernah dengar tapi si AKIM ni langsung tak penah dengar. Baru-baru ni aje baru tahu kewujudannya. Search kat Google pasal AKIM ni sikit aje maklumat yang aku jumpa.

Pilihan Raya Umum ke-13

Bila la agaknya pilihan raya umum ke-13 ni nak diadakan. Harap-harap diadakan sebelum 30/12/2010. 30hb tu nanti aku dah nak balik UniSZA dah. Tak kan nak balik ke Serting semata-mata nak buang satu undi aje? Habis tu duit minyak pergi balik aku tu nanti siapa yang nak tolong bayarkan?

Agak-agaknya ada tak orang nak bagi duit dekat-dekat pilihan raya ni? Kalau ada orang sedekahkan aku dengan senang hatinya terima. Boleh jugak buat modal berniaga kecil-kecilan. Tak pun bayar bill broadband yang tertunggak 3 bulan sudah.

Banyak Pilihan Parti Politik?

Dengan bertambahnya parti politik, maknanya pengundi mempunyai banyak pilihan. Suka hati merekalah nak pilih Barisan Nasional ke atau pun nak pilih Barisan Alternatif. Nak Undi UMNO ke nak undi PKR ke nak undi PAS ke nak undi KITA.

Minoriti dalam Majoriti…

Pengundi Melayu sekarang menjadi semakin minoriti dalam majoriti. Sebagai kaum teramai di Semenanjung Malaysia ni undi kita sekarang mungkin akan terpecah kepada 4. Kan baik kalau semuanya bersatu menegakkan sebuah negara Islam. icon smile Warna Warni Politik Di Malaysia

Politik di Malaysia memang unik. Itulah kata-kata pensyarah aku dulu. Semoga para pemimpin yang dipilih benar-benar amanah menjalankan tanggungjawab mereka.

Hari ni cuba edit theme untuk ganti theme baru. Tapi tak menjadi pulak. Kena usaha dan cuba lain kali.

Hari ni dapat jugak aku cukur botak satu kepala. RM8 duit terbang. Tapi tak apalah sebab dah lama nak cukur kepala tapi tertangguh. Tak pun bila tukang gunting tanya nak gunting macam mana terus aje cakap pendekkan rambut aje sebab tak yakin. (-_-’)

Related posts:

  1. Politik di Malaysia…

0 thoughts on “Warna-Warni Politik Di Malaysia

  1. Theam..
    cari jangan tak cari mana tahu ia menarik dari theam2 yang sebelumnya..mana tahu pasni lebih kerap lagi entri di blog ini akan terhasil..

    alamak dah botak..senanglah pas mandi tak yah pikir nak myk rambut..skit rambut..beli myk rambut heee..

  2. Parti yang sah2 menentang Islam ialah Umno.
    Bukti? Hudud di Kelantan ditolak mentah2.

    Perjuangan PAS adalah menegakkan hukum dan undang2 Islam.
    Hukum Islam merangkumi semua orang, samarata dan adil.
    Tidak kira kaya atau miskin
    Pemimpin atau yang dipimpin
    Muda atau tua
    Muslim atau Non-Muslim semua hak dilindungi Islam

    Perjuangan KeADILan untuk menegakkan keadilan.

    DAP walaupun bukan Islam, tapi Lim Guang Eng (LGE) secara terang2an tidak menolak undang2 Islam. Malah beliau sendiri memerintah negerinya (Penang) berlandaskan ajaran islam. LGE tidak menggunakan kuasanya sebagai pemimpin untuk naik Kapal terbang 1st class, beliau naik sama macam kita orang2 biasa, kelas ekonomi. Yang berkuasa di negara kita? usahkan class ekonomi, siap boleh ada jet peribadi lagi.

    Pakatan Rakyat: Dari rakyat, Untuk rakyat, dan Demi rakyat.

    • @Ali ridha, hehe… pengundi sekarang dah pandai… xpandang pandangan sebelah pihak semata2… lagi2 orang2 muda yg belajar tinggi2.

      dia orang tu boleh nilai mcm mana kerajaan urus negara… telus atau tak…

      kerajaan bagi kenyataan baca… tp tgk pula kenyataan pembangkang… lepas tu buat penilaian… baru la xkena tipu hidup2 :-D

  3. Politik??? huhuhuu…entah kadang2 aku maleh amik port… CUMA aku tak suka dok begaduh dalam dewan rakyat pasal pekara remeh temeh.. kdg2 satu usul smpai meleret2…tunda dan terus tunda…asyik begaduh je..bila nnk bincang pasal hal rakyat….

    • @aimannajmy, setuju… bergaduh perkara remeh temeh jek… klu asyik bergaduh bila aje kepentingan rakyat dia org nak bincangkan… (-_-’)

    • @Sir Marcello, hehe… ambik tau sikit2… nak tak nak kena gak ambik tau… sebab ape… nnt2 kita jugak balik yg terkena balik klu apa2 hal :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge