Assalamualaikum,
Agak lama aku tak update blog, alasan yang tak kukuh aku bagi ialah sebab laptop masalah sikit. Sebenarnya ada beberapa penambahbaikan perlu dilakukan ke atas diri aku dengan kadar segera. Lagi-lagi pulak selepas aku terlantik menjadi ketua kelas bagi setiap subjek bagi semester ni secara tak rasmi.
Kalau tak terlantik jadi ketua pun memang hajatnya nak mempernbaiki diri sendiri. Tapi memandangkan aku terlantik jadi ketua ni perlu dipersegerakan la proses tu. Sebab nanti ramai pihak lain akan terlibat sama jika aku tak dapat melaksanakan tugas seorang ketua tu dengan baik.
Kenapa mereka lantik aku jadi ketua aku tak tau. Aku rasa ramai je lagi budak lain yang layak dan boleh buat kerja seorang ketua tu.
Mereka ada pengalaman jadi ketua ataupun punya jawatan dalam persatuan atau kelab. Sepatutnya mereka ni yang jadi ketua kelas… Berbanding aku, baru nak belajar jadi ketua, belajar bersosial, belajar bersukan, dan boleh dikatakan banyak lagi benda yang nak kena belajar.
Seriusly, aku nak menyertai mana-mana kursus pasal kepimpinan ni. Kali ni akan mohon jadi pembantu mahasiswa untuk kemasukan untuk sesi kemasukan yang akan datang sekali lagi. Permohonan sebelum ni tak berjaya pulak. Kalau tak mesti dapat pergi kursus kepimpinan.
~~Cerita Sampingan Mula~~
Asalnya hari tu, aku nak format laptop, tapi installer windows 7 tu ada masalah. Jadi tak dapat nak install windows. Tergendala agak lama juga sebab aku juga perlu cari external hard drive untuk backup semua data. Aku nak delete semua partition dan buat semula.
Sekarang dah berjaya format laptop guna pendrive dan install antivirus Kaspersky hack version dengan lesennya selama 2046 hari lagi. Semua info tu aku jumpa kat internet je. Dari cara nak format laptop, driver, crack, dan lain-lain, semuanya boleh jumpa dari internet.
Jumlah saiz update Kaspersky setakat ini sahaja sudah 184MB, Patut la lama sangat masa yang diambil untuk update antivirus ni. Lebih satu jam dengan kelajuan internet aku sekarang nie…
~~Cerita Sampingan Tamat~~
Aku perlu cari jalan penyelesaian untuk theme baru blog ni yang dalam proses pengeditan. Theme tu tak boleh tunjuk page navigation yang bernombor…
Aku rasa ada harapan dapat merasa duit Google Adsense bulan nie… Tapi kena jimat belanja untuk bayar hosting untuk blog yang lagi satu dan beli domain baru. Tu tak kira domain lain yang mungkin perlu di renew atau dibiarkan berkubur begitu sahaja.
Related posts:
jai pernah jdi ketua kelas je msa sklh menengah, x mancabar langsung..ha3
Wah.. Dak nak kluar theme baru.. Cepatlah, Jai nak tengok..he3
@deCrewz, kalau ikutkan nk ketua kelas kat U ni senang jek… cumanya aku je yg tak biasa… pegang jawatan nie…
keje pun… fotostat nota, inform kelas batal dll… nak dekat hujung sem pulak ambik borang penilaian bg kat kelas n hantar ke tempat yg sepatutnya…
aku kena baiki disiplin diri je la kiranya… dan kena biasakan bekerja bawah/dengan orang sikit…
@fahmi, Kalu nak org hormat pada kita, kita pun kena hormat org lain kan.. Teringin nak sambung buat PJJ, blh merasa zaman2 U dulu balik..
@deCrewz, hehe… nk menambah skill bekerja… buat masa ni aku tak pandai sgt nk bekerja dgn orang lain…
@fahmi, Owh.. Oklah tu.. Pengalaman tu yang penting..
@deCrewz, betul tu… pengalaman tu penting…
nak ubah diri ni ambik masa sikit… lagi2 pulak bila dah lama dijadikan tabiat…
Bukan senang mengalas tanggungjawab menjadi ketua. Banyak perkara yang peru di pelajari. Perkara yang paling berharga adalah pengalaman. Itu yang lebih membuatkn kita lebih matang dalam menggalas tanggungjawab itu. Anyway tahniah kerana di lantik menjadi ketua.
@Shaffik, Terima kasih…
Jadi ketua kepada diri sendiri pun masih bertatih… tp bila dah kena lantik jadi ketua satu kumpulan…. kena la usaha lebih lagi…
aku pon sebenarnya dah bley amek nuff dah..tapi simpang dulu la..utk masa depan.ahahaha
@mangges, peh… cepatnya ko dpt hasil nuff tu… aku lama jugak baru merasa…
kiranya ko lagi ligat dari aku… tahniah bro
haha..baru first time nak merasa..ahahaha
blog berwajah baru nampak..
aku dah bape kali jadi ketua dgn terpaksa…
dah lama dah edit2 theme ni utk pakai kat blog nie… cuma tertangguh untuk pakai je sbb tak abis edit lagi…
ni pun tak siap edit… main pakai jek… kalau jumpa apa2 masalah boleh bgtau aku
terlantik jadi ketua?hee.buat keje leklok ye hencek ketua… ^_^
@aleen aiden, haha…. cakap terlantik tu sebab budak2 ni decide sesama dia orang jek… tp lepas buat voting… dpt 2nd highest… tp kawan yg dpt paling tinggi tu dia tolak sebab dia sebab dengan aktiviti dia…
makanya jadilah aku ketua kelas bagi semester nie…
Kalau sudah diberi kepercayaan perlu laksanakan amanah dengan baik
@akubiomed, ya… betul tu… antara sebab kenapa perlu improve diri lagi…
sorok2 sikit antivirus pirot tu.. kena saman dengan kaspersky nanti susah lak hehehe..
@matdin, haha… guna sendirian berhad jek…
kat Malaysia ni rasanya tak ramai yg pakai antivirus guna lesen yg ori…
tapi yg pakai tu elok la kan dari pakai yg pirate…
@fahmi, kalau orang yang baru beli laptop biasanya pakai ori kot hehe..
@matdin, hehe… itu kebaikan kalau beli kat kedai yg betul jual barang ori…
tp kalau nk jimat duit lagi… beli yg blank dan install sendiri jek… sbb itu la yg saya buat…
yela.. ingat nak buat macam tu gak kalau beli laptop.. tapi rasanya dah tak beli dah kot hehe..
@matdin, hehe… kalau beli laptop baru nnt leh la buat… nk beli laptop baru… harga bukan murah…
kapaskey.. heee mau gak beli tapi kena cari dua kepala..klu beli satu mahal huuuu..
budget lari plk huuu
@suri, kalau nak beli lesen yg ori… beli yg utk 2pc tu… share2 dgn kawan… jimat sikit…