Assalamualaikum,
Hari ni merupakan Jumaat yang indah sekali. Cuaca di UniSZA lagi cerah dan menceriakan. Hari ni khatib yang membaca khutbah Jumaat tu adalah antara khatib kegemaran aku. Cara beliau membaca khutbah sangat menarik minat aku. Percakapan beliau lembut dan sedap telinga mendengar. Tak macam membaca skrip langsung.
Dalam khutbah ke-2 ada kata-kata yang agak menarik yang beliau katakan. Lebih kurang gini la kalau aku tak silap ingat…
“Jadi orang baik itu lebih sedap dari jadi orang jahat. Jadi orang yang sembahyang itu lebih sedap dari jadi orang yang tak sembahang.”

Masakan sama tahu dengan tak tahu...
~~Beza di antara tahu dan tak tahu~~
Aku nak bercakap pasal isu ni dah agak lama. Cumanya tak tertulis lagi ke blog ni sahaja. Untung bila kita berada dipihak yang tahu. Bagaimana kita boleh tahu tu mungkin hasil dari pembacaan kita mahupun dari pergaulan kita. Contoh:
1. Aku boleh jimat RM20-RM50 sebab aku tahu format komputer. Nak format computer tu senang aje pun. Pada pandangan aku, harga perhidmatan memformat komputer sehingga menjangkau RM50 itu sangat mahal, over priced. Padahal, kadang-kadang aku tengok mereka cuma formatkan biasa-biasa aje. Driver pun tak install.
2. Di awal tahun 2009 dulu, aku buat pertama kalinya terdedah dengan ilmu kewangan. Topik pada masa tu ialah overdraf (OD). Alhamdulillah teknik tu sempat aku aplikasikan untuk emak aku. Cumanya aku belum betul-betul faham dengan teknik overdraf ni. Cara yang emak aku gunakan sekarang ni pun cuma asas sahaja. Aku nak belajar lebh lagi…
3. Kita boleh buat duit dari blog… Dulu aku tak tahu, sekarang ni aku dah tau yang kita memang boleh buat duit dari blog cumanya, kita perlu menggunakan teknik yang betul. Alhamdulillah aku dapat merasa hasil dari blog, cuma aku perlu tingkatkan usaha untuk merasa hasil yang lebih banyak lagi.
Kalau nak bagi contoh lain, banyak lagi keadaan yang menunjukkan tahu itu lebih menguntungkan dari tak tahu. Oleh itu kawan-kawan, marilah berada dikalangan golongan mereka-mereka yang tahu. Jika kita kurang ilmu, kita belajarlah dengan sesiapa yang layak.
Otot-otot badan aku kesakitan, semalam pergi latihan taekwondo. Seperkara yang aku dapat lihat, stamina aku menurun. Rasa nak muntah aje bila jantung berdegup terlampau kencang.
Terasa ingin berSMS dengan seseorang. Lama tak berborak dengan beliau. Rindu pulak rasanya. Ada beberapa perkara yang hendak ditanyakan. Nak call tapi henset sekarang ni problem, kena guna loudspeaker. Tak ada privacy…
No related posts.
Ini pesan dari seorang yang boleh dianggap sebagai pakcik. Dia pernah berkata ‘Walaupun kita tahu sedikit lebih dari orang lain akan menjadi kita lebih baik’
@akubiomed, erm… menarik juga kata2 pak cik tu… ada unsur nasihat suruh kita belajar…
Walaupun kita x tahu, lebih baik kita ambil tahu daripada org yang tahu, tp buat2 x tahu..
@deCrewz, yup… aku setuju…
@fahmi, He3.. Setuju aje.. Ngat Jai taip tunggang langgang dah tadi, skali baca mcm x betul..he3
yup2. jd org yg tahu lg baik.
elakan diri dr diperbodokan org lain
@rockinsudu, hehe… pasal ni, kalau dikaitkan dgn bab politik rasanya sesuai sesangat..
kalau tak tahu kita kena belajar, sebab untuk tahu sesuatu ia perlu belajar, membaca dan sebagainya
@mijie, inisiatif itu perlu kan…
xsemua perkara boleh disuap aje… dan kena belajar sendiri… dan ada perkara tu kita kena belajar berguru… lagi2 bab agama… kalau tak nanti terpesong pulak…
Salam.
Benarlah kata2 bahawa ilmu itu penunjuk jalan kegelapan.
@Hadi Rofiee, betul tu… oleh itu… marilah kita belajar untuk menambah ilmu di dada
lebih baik aku format komputer
aku sendiri.sebab depa guna
CD cetak rompak la.
@Ali Ridha, ko pakai yg ori ke… ooo bagus tu… kalau boleh pakai yg ori… elok pakai yang ori…
mana ada la…guna linux mint 10
mahu jadi orang yang tahu… sekurang2 nya kita belajar…
@zik… betul tu… xrugi pun belajar nie…
ilmu yang di ceduk dro pakar blog sedikit demi sedikit.. klu tak bertanya smpi bila tak tahu heee…
@suri, hehe… pada asalnya blogging tu bukan untuk suka-suka aje, tp bila mula serius…
mula belajar macam2 perkara yg berkaitan… html, css, php… tu antara pengetahuan baru saya, walaupun tahu sikit2 jek
tp betul la… belajar sikit… bukan terus tau semua…