Ini bukan cerita aksi budak sekolah… sebab aku seorang budak universiti… Tidaklah pula cerita aktiviti terlampau pelajar universiti. Tak kisahlah apa-apa keyword cerita panas pasal pelajar universiti mana pun yang dicari. Yang pasti semua itu tiada di sini. Ini cumalah sebuah karangan seorang budak universiti di facebook a.k.a muka buku peribadi beliau…
Seronok juga bermain facebook. Kadang-kadang tu mengarut juga aktiviti di sana tu. Aktiviti paling terkini yang aku buat ialah buat karangan kat profil facebook aku tu. Nak add aku sebagai kawan kat facebook tu boleh je (http://www.facebook.com/fahmi087). Cumanya, walaupun aku selalu online kat facebook tu, aku lebih suka buat hal sendiri.
~~Karangan Seorang Budak Universiti~~
Harap-harap ada sesuatu yang bermanfaat yang boleh diambil dari karangan tu…
Aku bernama Fahmi.
Aku suka orang panggil aku Fahmi.
Aku tak suka bila orang lain tak panggil aku Fahmi.
Aku suka nama Fahmi sebab nama tu ayah aku yang bagi.
Minta maaflah kalau2 aku marah bila kau suka-suka aje tukar nama aku.
Nama itu doa, itu la apa yang aku faham.
Jadinya, aku suka panggil orang dengan nama mereka.
Minta maaflah kalau kau malu bila aku panggil dengan nama kau sendiri.
Kalau tak suka cakap, aku boleh je panggil dengan nama lain yang ko suka.
Itu pun kalau aku rasa nama tu tak mengarut sangat la.
Nama aku Fahmi tu maksudnya “kefahamanku…”
Jadi… doakan aku dengan memanggil aku “Fahmi”
Aku belajar di UniSZA.
Dulu belajar dekat UTHM.
Sebelum tu belajar kat SMTPD
Sebelum tu plak kat SMKBBS
Sekolah rendah di SKSF.
Lupa nak kata, aku ni suka bercakap. Suka juga menyakat kawan2 yang aku selesa dan agak dekat dengan aku. Kalau kau asyik disakat tu kiranya aku agak selesa berdampingan dengan kalian.
Harap boleh faham. Cumanya kalau aku terover, teguran berhemah dari kau sangat2 diharapkan.
Apa guna ada kawan kalau bukan untuk tegur kesilapan kita dan bagi semangat dikala kita memerlukan.
Sekian,
Fahmi Raazali
Nama sendiri adalah panggilan yang paling indah untuk didengar. Jadi berbanggalah dengan nama diri sendiri… Jika ada nama gelaran pun cari la yang elok dan sedap didengar. Sedap ke bila kita memanggil seorang rakan dengan nama panggilan “badak”, “kebau” mahupun “penyapu”?
Bukan rekaan, itu la diantara nama panggilan kenalan-kenalan aku yang tak sedap didengar. Nama binatang pun ada… Alahai… dunia…
Maksud nama aku Fahmi ialah kefahaman ku… Apa pula maksud nama kamu?
Related posts:
Aku suka karangan ko..
Nama aku AdamFaiz
Aku suka orang panggil aku AdamFaiz..atau pendeknya AF
Nama sebenar aku bukan AdamFaiz
http://www.adamfaiz.com adalah nama blog aku
Kalau sudi boleh jadi kawan AdamFaiz..
Sori TT, terlebih plak…hehehhehe..
@adam faiz, hehe… karangan yang pendek2 ni sedap baca. Maksud dia direct je… tak payah nak corner2 dulu…
takde masalah pun utk berkawan dgn ko… boleh jek
tuh dia karangan budak univerisiti…. kefahamanmu.. ada maksud yang bagus nama kau tuh bro…
semua nama anak2 dalam Islam ada maksud yang sedap… tinggal panggil je lagi… tp ramai yang suka tukar nama lain atau pun bagi nama gelaran yg tak elok kat orang lain….
nama suri Ummu ainni
ibu, kepada anak mata-maksud islam
i love you – bahasa cina yer ker hee…
nama anak nur ummu umairah -cahaya ,ibu,si pipi merah
@suri… sedap maksud tu…
ada jugak nama yang bunyinya pelik sgt… saya pun tak tau nama tu ada maksud ataupun tidak…
si pipi merah tu kalau tak silap saya, panggilan manja isteri Rasullah, Aisyah kan…
Aik, karangan ke pantun ni..hu3. Pendeknya macam pantun tapu unujng x sama, karangan moden kot..ahaks..
@deCrewz, hehe anggap ke karangan moden kot… satu ayat satu baris…
remaja sekarang terbalik
suka dengan nama panggilan yg pelik2,tiada maksud
aku suka org panggil aku Wan
@Wan Perlis, betul gak tu… kadang2 tolong bagikan nama gelaran utk orang… adatuan punya badan tu sampai kecik hati…
bayang je la… bila kita panggil dia dgn nama gelaran tu… dia tak redha… dan sakit hati… erm…
Nama sebenar saya tidak ada makna. Jadi mengunakan nama AkuBiomed sebagai nama pena. Harap dapat terima nama pena ini
@akubiomed, hehe… tak ada masalah
nama saya F jugak..
hihihi
nama sebenarku ct hajar, intankuterpilih sekadar nama pena di alam maya. tapi masih sedap di dengar kan?
nama anak Luqman hakim…
@intankuterpilih, erm… nama pena tu masih sedap didengar…
nama tu ada maksud tersirat yg lain ke… mana tau kan nama tu mengimbau kembali kenangan di waktu dulu kala
Assalamualaikum..
Cantik makna nama tu “kefahamanku”.
Nama saya Siti Nurhayati (maksud: cahaya hidupku). Abah kata, memang saya cahaya hidup dia pun. Hik hik perasan pulak dah.
@Mrs.Ayie, sedap maksud nama kamu…
masakan bapa tak sayangkan anak perempuan dia
masa sekolah rendah dulu paanjang karangan mestilah dalam julat 80-120 patah perkataan hehe..
@matdin, hehe…bantai je la…