Nilai Sebuah Kepercayaan…

nilai sebuah kepercayaan Nilai Sebuah Kepercayaan...

Hargai kepercayaan orang kepada kita.

Kisahnya petang tadi aku ada kelas untuk subjek DIS3055 Industrial Design 1. Dalam kelas ni aku dan kawan-kawan kena design satu produk yang berkaitan dengan masalah pertanian. Lepas sesi perbincangan dengan pensyarah, aku pun melakukan aktiviti kegemaran aku iaitu menziarah menyakat rakan sekelas. Kebetulan pula duduk dengan tutor yang duduk dekat situ.

Beliau telah memberi nasihat a.k.a teguran diatas kesilapan kebijakan aku berkata-kata… “Saya buat kerja seorang ketua alang-alang sahaja.” Lebih kurang tu la rasanya ayat yang aku guna. Boleh pulak terlepas cakap begitu semasa berbual-bual dengan beliau. Entah macam mana ayat tu boleh terkeluar dari mulut aku pun aku tak pasti.

Pengajarannya kat situ, jangan cakap sesuatu yang kita tak maksudkan.

Bukannya aku marah ke apa, cumanya beliau mengingatkan aku pasal kepercayaan dan amanah yang telah diberikan oleh rakan sekelas kepada aku. Aku gembira sebab ada orang tolong ingatkan aku apabila aku terlupa tentang tanggungjawap aku.

Sudah tersurat, aku pada semester 4 ni telah diberikan kepercayaan oleh rakan-rakan untuk menjadi ketua kelas.

Makanya, aku perlu melaksanakan tanggungjawap tu dengan baik. Amanah kawan-kawan aku itu perlu aku galas. Jika tidak aku berdosa. Mungkin rakan-rakan sekelas melihat sesuatu pada aku yang mana aku sendiri tak nampak.

Paling best sekali, teguran yang beliau buat tu tak pula menjatuhkan atau memalukan aku. Pandai beliau susun ayat.

Nak menegur biarlah kena dengan cara dan ketikanya.

~~Dunia Ideal Aku~~

Dunia ideal aku juga dibina berlandaskan kepercayaan. Jika kepercayaan yang aku beri itu dikhianati, sukar untuk aku memberikan kepercayaan seperti yang pernah aku berikan sebelum ini.

Lumrah manusia, sering tak ingat dan kadang-kala tersilap membuat keputusan. Jika ditakdirkan kepercayaan yang kita berikan itu dikhianati, tak perlulah kita menyimpan dendam dihati.

Kerana memaafkan itu lagi baik dan memudahkan ::

Mencintai itu lebih mudah dari berdendam ::

Related posts:

  1. Nikmat Sebuah Kejujuran…
  2. Hari-Hari Sibuk….
  3. Datang dan Pergi Sebuah Kehidupan….

0 thoughts on “Nilai Sebuah Kepercayaan…

  1. bila org dah letak kepercayaan kepada kita, kita seharusnya terima kerana kita xblh nak menilai diri sendiri, org lain yang akan menilai…
    Suka ayat last tu…’Mencintai itu lebih mudah dari berdendam’..he3.

    • @aimannajmy, ada jugak dengar cerita macam tu… hehe, nak menegur ni kena tgk orang jugak… kalau silap tegur dan tak kena cara menegur… tu yg sampai xbertegur sampai bertahun-tahun tu… :-)

      hehe, theme ni tukar utk tahun baru… :-)

  2. Bukan senang memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua ia ibarat Jeneral memimpin bala tentera di medan perang .Kalau lemah Jeneral memimpin maka moral dan semangat juang tentera akan hilang kepercayaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge