Hari ni buat pertama kalinya aku mencari maklumat untuk projek aku dengan bertanya dengan orang lain. Bukan tak pernah tanya dengan orang lain, tapi ni pengalaman kali pertama bertanya sendiri dengan orang dari jabatan tertentu. Menarik juga pengalaman yang aku dapat hari ni. Dapat tengok reaksi orang bila aku yang ke-blur-an bertanya.
Siap dapat tips percuma lagi tentang bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat dari orang-orang jabatan ni. Antaranya:
- Tahu skop tentang apa yang nak ditanya
Kalau datang begitu saja tanpa persediaan, sudah tentulah kita membuang masa mereka yang sibuk dan masa kita sendiri. Masa itu emas. Kalau boleh ada skop yang spesifik lagi-lagi pulak jika bidang yang kita nak tanya tu luas sesangat macam bidang pertanian.
- Sediakan soalanĀ tentang skop yang hendak ditanya
Seeloknya sediakan soalan tentang skop yang kita nak tau tu. Sebab macam alasan kat atas tu jugak, mereka tu sibuk dan tak ada masa nak layan kita yang tengah blur depan mereka.
Contahnya, aku nak tahu tentang teknologi sedia ada yang digunakan oleh mengesan kedudukan nelayan di laut. Ada target soalan baru senang sikit urusan.
Tapi ada jugak tips lain yang kawan-kawan aku bagi kepada aku. Berguna jugak tips tu untuk aku yang tak ada pengalaman untuk urusan macam ni.
- Ulang tanya soalan yang sama
Jika kita berjumpa dengan orang yang berlainan dari satu tempat kerja, boleh aje kita ulang tanya soalan yang sama. Kadang-kadang kita boleh dapat maklumat yang baru.
- Pergi berkumpulan
Kita tak mampu nak buat semua perkara sendirian. Pergi dengan kawan-kawan, nanti mereka boleh tolong sikit-sikit. Tolong tangkap gambar ke atau apa-apa je yang patut. Mereka juga mungkin boleh tolong ingatkan sesuatu pasal skop yang kita nak tanya tapi kita terlepas pandang.
- Rakam perbualan
Kadang-kadang masa kita dengar secara live, ada perbualan yang kita rasakan tak penting. Seeloknya rakam perbualan kita tu. Nanti bila balik bilik boleh ulang dengar. Mana tau ada terlepas isi-isi penting yang kita tak perasan masa sesi tu.
Apa-apa pun banyak benda baru yang aku belajar hari ni.
Related posts:

Bro buat projek pasal pe? Jai dulu buat pasal proton.. Masa tu ambil info untuk buat applikasi tuk proton.. 1st time pergi interview diorg.. Tau x masa tu umur jai brpa? 19 tahun beb.. Beringus lagi ambil pra diploma multimedia..hu3
hehe… buat projek pasal produk keselamatan utk nelayan… fokus utk kesan nelayan kat laut
bab ni kita kena pandai pancaing soklan ..klu tak susuh kita nk dpt maklumat dgn lebih dlm & tepat lagi..
suri suka jumpa2 org sb byk mklumat kita akan tahu lebih dari tu..itu pun klu kita ni jiens yang suka tanyr tu nie heeee
@suri, betul tu… kena pandai pancing soalan… tapi kadang2 tu kena gak bsabar sikit… sbb orang tu tak faham apa yg kita nak… atau nak tak nak je layan sebab dia orang busy…
Bagus juga bawa perakam suara maklum lah otak kita bukan boleh ingat semua benda nanti terlepas point penting
cakap pasal perakam tu… nasib baik aje xbeli yg baru… rupa2nya mp3 yg sedia ada… kualiti rakamannya agak baik dan sesuai diguna untuk rakam perbualan… hehe jimat duit…
kadang2 bila berbual tu kita catat maklumat yg kita rasa penting… tp bila dengar balik perbualan tu nanti… mungkin ada maklumat lain yang terlepas… jadinya, seeloknya bawa perakam untuk rakanm suatu temubual…
yap, berjumpa dengan lebih ramai orang, mungkin kita akan dapat pengalaman dan informasi yang berbeza. Itu sangat bagus.
ohcikgu recently posted..Undi Ohcikgu.com untuk kategori Best Educational Blog dalam World Blogger and Social Media Awards 2012
Betul tu, dengan berjumpa dengan lebih ramai orang kita boleh mengetahui maklumat yang kita perolehi itu betul ataupun tidak…