![aku edit aku edit [Tag Games] 25 Perkara Tentang Aku....](http://akulearn.com/blog/wp-content/uploads/2010/01/aku-edit.jpg)
Itu aku, Fahmi Raazali...
Hari ni nak balas tag dari AkuBiomed kat entri: 25 perkara mengenai AkuBiomed blog dia. Lama dah kena tag, tapi baru nak post entri ni kat blog. Terperap aje kat draft post tu.
Sebelum ni masa dalam kelas, masa sesi berkenalan, tutor yang gantikan penyarah aku yang cuti bersalin tu pulak ada tanya… “Apa keunikan diri korang…?” Tough jugak nak jawap soalan tu… Siapa cakap “I know myself better?”
Peraturannya adalah:
“Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it’s because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!”
25 Perkara Tentang Aku a.k.a Fahmi Raazali
1. Suka dipanggil dengan nama sendiri dan tak suka nama gelaran. Dah dapat nama Fahmi yang ayah aku bagi sedap-sedap tu boleh pulak ada yang suka-suka nak tukar. Tahukan nama tu DOA. Fahmi maksudnya “Kefahamanku”.
2. Boleh duduk dalam rumah tanpa ke mana-mana 24 jam sehari 7 hari seminggu dengan syarat ada komputer atau laptop dengan sambungan internet. Keluar pun untuk solat Jumaat pada hari Jumaat atau bila jadi driver mak kesayangan.
3. Umumnya minat sesuatu yang berkaitan komputer dan teknologi. Tak minat bola tapi boleh tonton. Tak tau sangat pasal engine motosikal dan kereta apatah lagi engin kapal terbang.
4. Semestinya masih bujang. Tak pernah bercinta dengan sape-sape melainkan SS (syok sendiri) dengan seseorang. Bila cakap dengan saudara masih single rata-ratanya mesti tak percaya. Aku pun tak tau kenapa.
5. Tak pandai bergaul dengan orang sangat. Tengah belajar bergaul lagi sekarang ni.
6. Suka bercakap dengan diri sendiri. Lagi-lagi bila tengah marah atau bengang dengan seseorang.
7. Tak suka bergambar sangat sebab bila tengok gambar tu nanti mesti ada je yang tak kena. Posing tak betul la, mimik muka tak kena la, serba-serbi tak kena.
8. Suka kunyah plastik makan choki-choki lepas cokelatnya habis.
9. Tangan dominan aku adalah tangan kanan. Tapi kadang-kadang tu berlatih buat kerja dengan tangan kiri jugak sebab menurut kajian orang tangan kiri ni kreatif. Aku pun nak jadi kreatif jugak.
10. Agak pemalu dengan perempuan asalnya. Tapi sekarang ni dah kurang sikit semenjak masuk UniSZA ni. Sedang memperbaiki masalah kekurangan keyakinan diri.
11. Berminat dengan psikologi dan motivasi.
12. Pernah masuk panggung wayang sekali je. Itu pun sebab kawan ajak tengok cerita Harry Potter masa belajar kat UTHM dulu.
13. Masa zaman sekolah menengah dulu suka cakap 2 dalam 1. Lagi-lagi bila geram dengan kawan-kawan dan hilang sabar.
14. Kawan-kawan aku sikit je tak ramai mana pun. Masih lagi mencari kawan-kawan yang boleh tegur diri apabila buat kesilapan.
15. Nak menang aje bila bercakap. Kawan-kawan pun selalu geram pasal perangai yang ni. Sampaikan main game ABC tu pun sampai suruh kawan google nak buktikan perkataan yang dia bagi tu tak wujud.
16. Sekarang ni selalu baca pasal ilmu pengurusan kewangan dan buat harta. Paling terkini baca pasal cara buat harta dengan rumah lelong. Memang best.
17. Harapan agar dapat membuat OD (overdraft) sendiri.
18. Sukar untuk ingat nama orang dan rupa mereka. Lagi-lagi muka perempuan. Aku kenal berapa orang je budak-budak kursus IDE yang baru masuk sem lepas.
19. Tak suka makan ketam dan makanan yang leceh untuk dimakan termasuklah udang dan kerang.
20. Tak biasa panggil orang dengan nama gelaran mereka. Mana la tau tuan punya badan kecik hati pulak nanti.
21. Tengah dalam peroses belajar melukis free hand. Manakan tidak… kalau tak teraniayalah aku yang ambil kursus Industrial Design ni. Kebolehan melukis free hand banyak kelebihannya dalam kursus ni.
22. Tak berapa suka nak meminjam barang orang lain.
23. Rasa-rasanya ada masalah untuk kekal fokus. Sekejap buat ni sekejap buat itu.
24. Selalunya anggap diri sendiri tak baik, tak nakal, somewhere kat tengah-tengah tapi nakal tu lebih sikit. Tapi bila tanya kawan dia orang cakap aku skema… (-_-’)
25. Aku tak tau nak tag siapa… Mungkin jugak tu la sebab kenapa aku jarang main tag game
Aku bercadang nak tag: Zul, Mat, Ainil, Ari,dll… sape je lagi nak tag? Banyak pulak tu sampai 25 orang… (-_-’) Anyway, mereka ni kawan-kawan masa belajar kat UHM dan UniSZA sekarang ni…
Hehe… most of the time, aku baca entri dia orang kat Feed Reader jek
![]()
No related posts.
Pergh, banyaknya… Kadang2 pening jugak nak memikir perangai sendiri..hu3 (cam org hilang ingatan je)
@deCrewz, lama gak ambik masa nak buat entri ni… siap separuh… lepas tu save dan sambung lagi… lepas tu plak… pending kat draft entry tak post2
@fahmi, Kalau jai rasanya bersawang la dulu nak wat entry panjag2, silap2 xpired dulu..
@decrewz, hehe… entri ni pun lama gak tersadai kat draft post… tu tak kira lagi entri lain yg separuh siap or baru tulis tajuk jek
@fahmi, Samalah.. Jai ada nak buat satu entry, tajuk je yang bru buat, isinya xde lagi.. itupun da berkulat..wahahaha
banyak betul… erm… masih bujang ek… kepada gurl2.. masih ada peluang nie.. heee
@zik, haha… 25 perkara pasal diri… fuh… mmg mencabar gak fikirkan apa…
pasal single tu… hehe no comment
banyak siot 25..
nanti la aku fikirkan..
haha..
@mangges, haha… aku sendiri pun seminggu lebih mengarang… tag pun sikit jek tak mampu nk tag ramai2
sekali sekala main tag game nie… hehe… ada lagi 1 tag yg aku baru perasan… mungkin minggu depan baru balas….
Jawab juga akhirnya
Masa zaman siswa memang malu-malu tapi apabila sampai masa ia akan dah sudah boleh bergaul. Cuma tidak faham no.13 cakap 2 dalam 1 apa?
@akubiomed, hehe… lebih kurang memerli la tu…
yg cakap kat depan tu biasa jek… orang lain tak perasan apa2 la… tp tuan punya badan pihak yg satu lagi tu tau la pasal apa yg aku cakapkan…