Tatkala Hujan Turun Seharian…

Hari ni hujan turun dari awal pagi lagi. Tapi sekejap turun, sekejap berhenti. Menjelang tengah hari dan petang pulak hujan turun tanpa henti terus sampai malam. Jadi bila hujan turun seharian… apa yang boleh kita buat?

Tidur antara aktiviti kegemaran kebanyakan orang masa-masa hujan ni. Godaan untuk tidur siang di masa-masa sebegini sangatlah kuat. Aku sendiri pun hari ni tewas dengan godaannya yang sangat hebat itu. Mujur-mujur aje tak terlepas solat Asar.

Banjir

Kat sesetengah tempat di UniSZA air akan naik apabila hujan turun berterusan untuk jangka masa yang panjang. Antara tempat tu ialah hostel. Tak adalah teruk sangat tapi agak menyusahkan pelajar untuk keluar sebab kena sinsing atau lipat seluar. Yang tak seronoknya, kaki akan kesejukan. Perjalanan ke kafeteria juga akan jadi lebih mencabar dari biasa.

Kerja Terganggu

Bagi sebarang kerja yang memerlukan kita keluar, hujan akan menjadi alasan untuk kerja tu bertangguh. Contohnya, aku sepatutnya petang tadi pergi ke Pejabat Keselamatan UniSZA untuk hantar borang permohonan stiker kenderaan. Tapi memandangkan lepas makan tengah hari tadi aku kesejukan, sekembalinya dari kafe aku telah berhibernasi dengan cemerlang sekali.

Aktiviti Blogger

Kalau ikutkan blogger ni kerjanya tak sepatutnya terganggu oleh keadaan cuaca. Maklumlah biasanya kerja depan laptop atau depan komputer kat dalam bangunan yang terlindung dari hujan, panas, dan angin kencang. Kalau mahu kerja berjalan, rajin-rajinkanlah diri sendiri… icon smile Tatkala Hujan Turun Seharian...

Aku nak format laptop. Tapi aku perlukan external harddisk untuk backup data.

Hari ni jumpa artikel pasal facebook application yang menarik. Dapat jugak la belajar pasal facebook application ni sikit-sikit. Boleh buat application version copy paste dah rasanya icon smile Tatkala Hujan Turun Seharian...

Related posts:

  1. Krisis Air UniSZA…

0 thoughts on “Tatkala Hujan Turun Seharian…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge