
Senyum bukan main lebar...
Petang semalam lepas habis buat presentation untuk subjek Industrial Design 1, ada kawan aku yang ajak berjalan ke bandar. Dia nak ke Penny Pang ambil contact lense percuma yang dia dapat lepas buat survey Nuffnang.
Lepas tu kami pun melencongkan diri ke Festival Pelamin & Rias Pengantin 2011 yang diadakan di Terengganu Trade Center (TTC).
Waktu kami pergi sana, majlis pelancaran baru dimulakan. Pendekkan cerita lepas majlis pelancaran oleh isteri Menteri Besar Terengganu tu, ada la persembahan yang agak menarik perhatian aku iaitu Gesekan Gergaji yang dimainkan oleh Ismail Jejaka.
Seriusly, gesekan gergaji ni memang mempunyai sentuhan yang tersendiri. Sedap telinga mendengar. Lembut aje bunyinya. Sayu… Syahdu dan boleh layan perasaan sekejap.
Ada jugak persembahan nyanyian dari seorang artis yang aku sendiri pun tak kenal siapa. Katanya kawan aku, dia tu pelakon. Banyak juga dia berlakon drama Melayu. Kata kawan aku lagi… nama dia Ery Putra. Orang lain kenal la dia kot, aku aje yang tak kenal dia tu…

Ni la mamat yang aku tak kenal tu? Salam kenal...
Bila dia mula menyanyi tu, aku dah terpelik sebentar. Siapa je mamat yang tengah menyanyi kat depan aku ni. Ye la… sebab aku langsung tak kenal dia. Tapi suara dia not bad. Lepas belajar vocal, aku rasa boleh pergi jauh lagi tu.
Bagi aku la, majlis pelancaran festival tu boleh tahan bosannya. Penat aku pusing-pusing keliling tempat tu sampai lenguh-lenguh kaki.

Pelamin dengan konsep akuarium...
Pelamin kat gambar atas ni memang unik. Tapi bagi aku la… Boleh tahan jugak semak mata memandang pelamin nie. Tapi siapa yang buat konsep pelamin ni memang bijak. Tak ramai yang fikir nak buat macam yang dia buat…
Antara gambar pelamin lain yang aku rajin snap…

Pelamin berbulu-bulu... Cantik jugak...

Lain-lain pelamin kat karnival tu...
Sebenarnya ada banyak lagi contoh-contoh set selamin kat situ. Aku aje yang tak berapa nak rajin tangkap gambar. Datang jauh-jauh, apa yang aku buat?
Aku pergi tangkap gambar patung-patung yang menggayakan macam-macam fesyen pakaian. Kenapa tangkap gambar patung? Kalau masukkan kat blog ni pun nanti… Patung tu tak adanya nak minta remove gambar dia
Erm… Siapa yang nak pergi tengok… sila-silakan la… Terutama sekali kepada mereka-mereka yang hendah berkahwin dan tinggal berdekatan area Kuala Terengganu. Festival ni berlanggung dari 10 – 12 Februari 2011. Esok hari terakhir…
Related posts:

owh siapa nie… pelakon, erry putra.. adik kepada adi putra…
@zik, huhu… aku sendiri pun tak tau… hehe… baru kenal nama dia 2-3 hari nie
Pelamin pun dah mewah memang berhabisan berbelanja untuk berkahwin
@akubiomed, bg yg ada budget nk buat besar2 ok la… kalau xde budget… buat kecil-kecilan sudah… jangan nanti lepas kahwin hutang keliling pinggang… kalau macam tu… macam mana nak bahagia rumahtangga… hidup pun tak aman…
majlis perkahwinan aku ringkas saja.
mana ada nak buat pelamin besar tu.
nanti boleh menyebabkan pembaziran.
buat sederhana aje sudah… duit yg jimat tu… guna untuk belanja lain ataupun simpan dlm tabung
perghhh ni kalo aku nk kawen buat macam ni interior design mau abih duit simpanan aku camtu je lebur huhu! mamat tu ada belakon cite drama pe ntah lestari tuh
hehe… nasib dia la… sbb aku tak kenak dia… xminat sgt tgk cerita drama Melayu…