Ingat Kepada Orang Yang Tersayang…

berhati hati di jalan raya Ingat Kepada Orang Yang Tersayang...

berhati-hati-di-jalan-raya

Hari ni aku mendapat khabar bahawa ada pelajar UniSZa yang telah meninggal dunia. Beliau meninggal dunia selepas 2 hari dimasukkan ke hospital. Semoga roh beliau aman di sana dan dicucuri rahmat. Takziah juga kepada keluarga arwah.

Sepanjang aku belajar di UniSZA ni jarang-jarang aku dengar pasal kemalangan ni. Termasuk kes kali ni aku baru dengar 2 kali kes yang melibatkan kematian. Setakat kemalangan yang biasa-biasa banyak kali juga aku dengar.

Betul, kalau sudah ajal digigit semut pun dah boleh jadi penyebab untuk meninggal. Tapi kita tetap perlu berhati-hati ketika memandu. Ingat, ingatlah kepada orang yang tersayang.

Antara Punca Berlakunya Kemalangan

  • Cuai

Kecuaian adalah antara sebab kenapa kemalangan berlaku. Kadang-kadang kita terlalu tergesa-gesa sehingga mengabaikan aspek keselamatan kita sendiri.

Nak langgar lampu isyarat? Langgar aje la. Janji jangan sampai membahayakan diri sendiri dan juga orang lain. Sila peka dengan keadaan sekeliling dalam keadaan ini.

  • Pasir

Aku tak pernah lagi jatuh motor akibat pasir ni. Tapi ada la dengar cerita dari kawan-kawan yang pernah jatuh waktu ambik corner. Salah seorang kawan aku yang jatuh motor amat bernasib baik kerana masih hidup. Dah la masa tu musim peperiksaan. Nasib baik juga dia cedera tangan kanan aje sebab tangan dominan dia tangan kiri.

  • Minyak Hitam

Ada juga manusia yang busuk hatinya yang tuang minyak hitam kat jalan. Akibatnya berlakulah kemalangan kat area yang minyak tu dibuang. Kalau kenderaan aje yang rosak boleh tahan lagi… Tapi kalau sampai ada yang hilang nyawa… Macam mana pulak tu? Siapa nak bertanggungjawap?

Banyak punca berlaku kemalangan ni. Sikap dan kegagalan jentera kenderaan untuk berfungsi adalah diantara punca yang utama. Jadi bila memandu berhati-hatilah. Jadilah pemandu berhemah.

Besok hari pencalonan Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA. Seorang kawan aku akan mendaftar sebagai calon fakulti…

Related posts:

  1. Bila Orang Macam Minta Disepak….
  2. Rajinkan Diri Menegur Orang Lain…

0 thoughts on “Ingat Kepada Orang Yang Tersayang…

  1. Al-fatihah..

    eh ada gak org bubuh paku kat tepi jalan huu kt kg cigu suri heee..

    pastu..
    cikgu ckp kg dia budaj sslu rempit tiap2 mlm ..anak dia pula mash kecik2..cikgu ckp di bubuh kacang hijau tabur tas jaln huu..apalgi bergolek dema kat atas jln tu heee..

    • penah dgr jugak pasal orang tabur paku tepi jalan nie… tp pasal tabur kacang hijau tak penah lagi…

      erm… kawan saya cerita lak… dia letak baju bata kat atas jalan tmpat mat rempit selalu merempitkan diri mereka… huhu…

  2. Al-Fatihah buat arwah kawan Fahmi. saya pun baru kehilangan seorang kawan. beliau kemalangan motosikal tengah malam kelmarin sebab dilanggar dengan kereta. dia meninggal pagi semalam. Perlu redha sebab Allah SWT lebih sayangkan dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge