Jom Heboh 2011 @Kuala Terengganu

jom heboh 2011 kuala terengganu Jom Heboh 2011 @Kuala Terengganu

Jom Heboh 2011 @Kuala Terengganu

Semalam, aku dengan kawan-kawan jalan-jalan dekat karnival Jom Heboh yang diadakan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Suasana kat sana tu memang sesak dengan orang. Panas dibuatnya ditambah pulak dengan dengan panas matahari. Memang yang terbaik. Panas yang amat. Tapi tu baru panas dunia.

Walaupun aku pergi dengan membawa kamera, gambar yang aku tangkap kat sana tu boleh kira dengan jari je. Orang ramai dengan suasana yang sesak, aku pun jadi tak rajin nak tangkap gambar.

Kalau tak boleh jugak aku letak gambar kat sini banyak-banyak sikit. Boleh jugak aku tanya siapa aje mamat yang sibuk menyanyi dengan Tomok atas pentas yang mana aku tak kenal tu. Tomok tu aku kenal la…

Perkara -perkara  yang tak menarik di Jom Heboh 2011 @Kuala Terengganu

Kalau pergi karnival cerita pasal perkara-perkara yang seronok aje apa barang kan? Jom cerita pasal yang tak best pasal Jom Heboh 2011 semalam.

  • Terlampau sesak

Kawan aku sendiri pun kata macam tu. Kata dia suasana kat sana memang sesak luar biasa. Ramai sangat orang. Aku yang tinggi ni pun macam cacing kepanasan jalan-jalan kat sana tu. Bayangkan aje macam mana kanak-kanak yang masih kecil boleh tahan dengan suasana yang sesak tu. Dah la mereka rendah… Mesti lagi panas.

  • Percampuran lelaki dan perempuan

Seriusly, kalau dah sesak dengan orang yang lalu lalang. Percampuran lelaki dengan perempuan ni memang susah nak jaga. Bayangkan aje, dah datang pakai baju kurung cantik-cantik, sopan, manis, sedap mata memandang. Tapi kat tengah-tengah tu nanti bergesel sana bergesel sini. Kan tak best macam tu…

Tu yang datang pakai baju kurung. Tapi ada jugak yang datang pakai baju dengan fesyen-fesyen pelik sekali. Dah bergaya habis dah. Sekali tengok memang macam orang KL a.k.a Kuala Lumpur. Tapi bila bercakap hujung dia ada “g”. Mung mung…

Kalaulah orang yang datang tu memang niat dia nak ambil kesempatan dengan suasana sesak tu… Puas dia kat sana.

  • Sampah Bersepah

Pasal sampah ni mungkin juga disebabkan oleh tabiat rakyat Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata. Dah makan atau minum tu, pandai-pandai la buang sampah tu ke dalam tong sampah. Bukan buang atas jalan atau tepi longkang.

Tapi dari satu pandangan lain, aku tengok ada jugak tong sampah yang dah penuh. Mungkin aje pihak penganjur sendiri lupa untuk menguruskan pasal sampah ni. Tak ada orang yang jaga sampah ni ke? Contoh, bila sampah dah penuh alihkan sampah tu ataupun letakkan plastik baru.

Pemilihan lokasi Jom Heboh ni berdekatan dengan surau. Jadi kalau orang pergi sana nak solat dekat aje. Masjid Putih pun agak berdekatan kat sana jugak.

Walaupun jalan-jalan kat karnival tu, aku dengan kawan-kawan pergi makan kat Hentian Bas MBKT tu jugak. Murah dan menjimatkan dengan kualiti yang boleh tahan. Aku bantai makan sebungkus nasi lemak, 4 biji telur separuh masak dan air teh o limau.

Kata kawan aku, kasihan kat artis-artis yang datang kat sana. Popular-polular dia orang tu… aku boleh tak kenal. icon biggrin Jom Heboh 2011 @Kuala Terengganu

Related posts:

  1. Festival Pelamin & Rias Pengantin 2011

0 thoughts on “Jom Heboh 2011 @Kuala Terengganu

  1. huh..aku pegi jom heboh rasanya baru 2 kali kat jb..serik sebenarnya nk pegi..giler ramai org..kalau nk tak ramai org dtg pagi2 dlm kul 9..time tu bley lagi la nk jalan lenggang2..tapi artis tak ramai la..acara pon tak byk time tu..

  2. Lama dah tak pegi jum heboh ni..seingat last pi masa taun 2005-2006 kot..lama dah..sesak orang..ponin kepala dibuatnya..dah tu dapat pakej free tengok keindahan semulajadi hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge