Kau dan Aku Sama Hebat…

Hari masa dalam perjalanan balik dari ko-kayak, aku ada terdengar segmen motivasi oleh Dato Fadzilah Kamsah. Iye lah, biasanya sebelum masuk waktu solat, kat radio tu biasanya akan ada segmen-segmen yang macam ni. Bagus…

Kata dato, bunyinya lebih kurang begini la…

“Setiap orang yang diciptakan oleh Allah s.w.t adalah sama hebat tapi tak serupa.”

Aku setuju dengan kata-kata beliau. Ya, memang kita semua dilahirkan sama hebat. Kehebatan kita tu lain-lain. Ada orang yang dilahirkan mudah faham ketika belajar. Ada orang dilahirkan pandai bermain musik dan ada yang dilahirkan hebat dalam bersukan.

Tapi bagaimana pula dengan kehebatan diri kita sendiri? Kepada yang dah tahu kelebihan diri sendiri, baguslah. Kepada yang masih mencari kebolehan diri, teruskan usaha mencari kerana kau dan aku sama hebat.

kau dan aku sama hebat Kau dan Aku Sama Hebat...

kau dan aku sama hebat

Kau dan Aku Sebenarnya Yakin dengan Diri Sendiri

Erm… Yang ni pulak aku dengar dari audiobook bahasa inggeris. Tajuk mp3 ni mengarut sikit “_______” (rahsia). Hehe… Best jugak dengar. Umumnya, cerita pasal komunikasi… Tu part baiknya la… icon biggrin Kau dan Aku Sama Hebat...

Setakat ni aku dah dengar beberapa audiobook yang menarik. Antaranya:

Men Are From Mars, Women Are From Venus”, “The Secret”, “Eat That Frog” dll…

Berbalik pada keyakinan diri tadi. Katanya tuan empunya diri dalam audiobook tu, sebenarnya setiap dari kita sememangnya sudah mempunyai keyakinan dalam diri kita. Tapi fikiran yang sering timbul dalam kepala kita tu yang membuatkan kita hilang keyakinan. Contohnya,

“eh! boleh ke aku nak belajar blogging ni… umur dah tua… buta IT pulak tu…”

“Boleh ke aku buat tu buat ni bla… bla… bla…”

dll…

Fikiran-fikiran negatif beginilah yang sering menghalang kita untuk mengambil tindakan dan menghilangkan keyakinan diri kita tadi. Jadinya, bila kita dihimpit oleh fikiran-fikiran yang negatif begini, tukarkanlah ia menjadi positif.

Fokuskan terhadap kemahuan kita dan bukan kepada masalah…

Take Action Now

Alhamdulillah, sudah selesai servis kereta. Jimat RM65 dari budget asal. Duit tu boleh guna untuk beli 2 domain atau jadikan duit belanja untuk seminggu. icon smile Kau dan Aku Sama Hebat...

Mekanik kereta tu menyarankan aku menjaga servis engin kereta dengan baik. Katanya bunyi engin kereta tu sudah agak kasar… Kalau tak…

Erm, nak mencari info dan tips tentang menulis nota. Banyak juga orang yang bertandang ke blog ni dari keyword tu. Boleh juga aku gunapakai masa catat nota dalam kelas nanti…

Related posts:

  1. Practice Man…. Practice….

0 thoughts on “Kau dan Aku Sama Hebat…

  1. Ya betul kata akubiomed, buku rich dad poor dad ni boleh merangsang minda kita untuk berfikir di luar kotak terutamanya dalam cara membuat duit mengikut pd keadaan atau situasi semasa. Walaupun ianya berkisar pd kehidupan dulu2 si penulis, ttp ianya diolah untuk membuatkan kita berfikir..”ialah, kenapa aku tak buat mcm ni..?”

  2. robert kiyosaki ni memang famous di kalangan MLM marketer ni huhu..depa dok jaja ni la depan prospek..dah masak sangat huhu…tapi ilmu kat dalamnya memang untuk semua jenis bisnes bleh masuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge