Aku tak ada la minat sangat dengan politik ni. Sekadar ambil tau sikit-sikit untuk mengikuti perkembangan terbaru sahaja. Sedia maklumnya, bila pihak eksekutif buat keputusan, kita rakyat ni la yang merasa kesannya. Mereka-mereka yang duduk kat atas tu dah tentu la gaji dan elaun tinggi. Tak ada la merasa sangat macam mana keadaan kita rakyat yang duduk kat bawah ni. Ye la bak kata orang yang suka cakap berkias-kias ni…
Pemimpin-pemimpin tu kuli rakyat. Tapi kuli-kuli pun mereka la yang hidup senang. Dah dilantik untuk bekerja menguruskan negara tu, sila-sila la bekerja elok-elok. Kepada yang ikhlas menjalankan tanggungjawap dan amanah dalam menjalankan tugas. Anda memang yang terbaik. Teruskan lagi usaha berbakti untuk rakyat.

Pilihan Raya UniSZA
Berbalik kepada cerita pilihan raya universiti tadi, pada Khamis lepas telah berlangsungnya pencalonan MPP UniSZA. Kali ni aku agak bertuah kerana terlibat sedikit masa pencalonan hari tu.
Dapat jugak tengok secara langsung apa yang berlaku pada hari tersebut. Terdapat 3 bangkangan telah diusulkan dan 1 darinya telah diterima. Bagi fakulti-fakulti yang kecil, kebanyakan calonnya menang tanpa bertanding. Bagi fakulti-fakulti yang besar pula, mereka masih perlu meneruskan perjuangan.
Mereka perlu menulis manifesto, melakukan rapat umum dan lain-lain lagi. Aku sendiri tak berminat nak melihat manifesto-manifesto mereka.
Siapa sangka pada hari pencalonan ni rupa-rupanya, mereka sangat sibuk dan teliti menelaah borang yang dihantar oleh calon-calon lain. Sibuk mencari kesalahan pada borang tersebut yang mana boleh dijadikan modal untuk membuat bangkangan. Sekali bangkang RM50 bayarannya tu. Agak mahal bagi aku…
Suasana pada hari tu berbeza sangat dengan apa yang aku bayangkan. Ianya tak seindah seperti yang aku bayangkan.
Aku sangat-sangat perlu membahagikan masa dengan baik bagi urusan pembelajaran dan blogging.
![]()
Aku perlu belajar bangun awal pagi semula. Sekarang ni waktu siang dah jadi waktu tidur dan malamnya nanti aku berjaga.
Sedang dalam proses untuk menaikkan trafik ke blog ini.
![]()
Related posts:
wahh..at last jumpe gk entr psl prya unisza..keep it up
hehe… tulis pun umum je… xde tulis nama sesiapa… nnt jadi kontroversi lak
nak tau dgn lebih lanjut… search je “pengkritik mpp unisza” kat facebook tu… mereka mmg up-to-date pasal pilihan raya unisza…
cumanya lepas baca fikir2 dulu sebelum buat keputusan
skrg ni prk uthm makin panas..dah macam pru malaysia lak..siap ada report2 polis lagi..
wah… ganas… sampai gitu sekali…
ye la..sume nak berkuasa..mcm2 diorg buat..
hehe… kalau utk PRK xpasti sgt… tp kalau utk politik Malaysia secara umum… nampak pihak yg pihak eksekutif (executive) lebih berbanding dengan pihak perundangan (legislative) dan kehakiman (judiciary). aku pun tak faham sgt macam mana…
hehe… tp kalau ikut apa yg aku faham ketiga-tiga cabang kerajaan ni sepatutnya berasingan. Bidang kuasapi hak eksekutif x boleh mempengaruhi pihak perundangan dan kehakiman. Begitu jugak la sebaliknya…
undi di U pun rancak .. wow harap sapa yg bertanding akan win…
ps;klu senior jumpa junior dpt usah jap heee..ungtung2 dapat pawe/mkwe yer tak hiii
p/s:Gembirakah kamu pada minggu ini? (posting terkini)
haha… saya kenal 2 3 orang budak baru… dlam perjumpaan kelab baru kejap tadi… tp yg MPP xde lak kenal
saya ada masalah nak ingat nama orang… lagi2 budak perempuan…
muahaa..
suri pulak agak sukar nak ingat nama org cina… tak kira lli atau pompuan….
terukkan.. kiat nih ?
Sekarang ni dah macam musim kebanyakkan blogger x update blog.. Masing2 dah bz kot termasuk Jai… eerrrmm…
ada banyak perkara yg perlu diberi keutamaan… dan aku sendiri pun kalau ikutkan kena utama kan research dan design utk subjek rekabentuk… tp sekarang ni asyik buat benda lain jek
He3.. Dengar cite ada student yang dicalonkan kena culik, betul ke? Jai jarg tgk TV n paper.. Bz ngan kje..
erm… kat UniSZA ni xde lak dgr2 sampai gitu… hehe itu kat UM kan kalau tak silap… ganas betul… smpai gitu sekali sanggup mereka buat yek…
suri bz gak ni..sempat update blog mlm jer…enrti pun pendek2 huu…
dulu ada jigak mukadimah sebelum bukak topik skrg tak der..
ni dah byk keje…
Begitu juga di UM.
Sehinggakah mereka datang ke rumah sewa kami bagi memancing undi. Mereka itu adalah parti bebas. Eh, bebas pun ada. Rakan2 cakap mereka ini hanya mahu memecah undi sahaja. Entahlah…oh politik di UM.
p.s: selamat berjaya Bro untuk 3 perkara itu.
ooo, kat UM dgr2 nya PRK lagi ganas… dah macam pilihan raya yang betul2… hehe…
yang 3 perkara tu mmg perlu diusahakan… sem nie merosot agak teruk… jadi perlu diperbaiki dengan kadar segera…
tak seronok bila ada pensyarah tegur pasal kedatangan dan disiplin… lagi2 bila aku sendiri pun tergolong dalam golongan yang dimasudkan beliau… anggap macam seorang ayah atau emak meluahkan kekecewaan mereka pada seorang anak… mmg dalam terasa kat hati jadinya…