Satu nasihat berguna yang aku dapat dengar hari ni. Rajinkanlah diri untuk menegur orang lain. Banyak keuntungan yang kita dapat dari perbuatan kita tu nanti. Mungkin bukan hari ini tapi mungkin pada hari-hari mendatang.
Siapa tahu di masa depan nanti kita mungkin akan memerlukan pertolongan dari orang-orang yang selalu kita tegur tu.
Tak semestikan kita perlu menegur atau bersapa dengan orang yang kita kenal aje, sesiapa pun kita boleh tegur dan sapa. Seeloknya, kalau orang tu orang Islam kita bagi salam. Kalau nak bagi salam tu pun berat, cukup la kita anggukkan sikit kepala kita tu.
Kalau itu pun masih berat jugak, cuba senyum pulak. Kalau itu pun masih berat jugak…
Aku cadangkan pindah masuk duduk kat dalam gua kat dalam hutan.
Erm… Aku sendiri pun masih perlu membiasakan diri menegur orang lain. Belum biasa lagi nak menyapa orang lain sangat. Lagi-lagi dengan orang yang aku tak kenal. Aku perlu usaha lagi untuk biasakan mengapa orang lain.
Sebenarnya, ni pun tadi dengar peringatan dari “AyahKu”. Katanya, masa orang-orang muda zaman sekarang dah kurang menegur a.k.a menyapa orang. Katanya lagi, kan best tegur-tegur orang ni. Meriah sikit suasana.
Lagipun kita manusia ni ada hati dan perasaan. Mesti rasa seronok bila ada orang yang sudi tegur-tegur dan bersapa dengan kita. Kalau ada orang yang marah bila kita sapa dia, mungkin ada something wrong dengan dia tu.
Cuma katanya AyahKu lagi, kalau menyapa orang yang berkumpulan, dan orang yang kita kenal tu seorang je, jangan la orang yang seorang tu aje kita tegur. Habis yang lain tu nak campak kat mana? Tegurlah mereka sekali…
Habis cerita untuk hari ini…
“AyahKu” tu bukan lah ayah aku sendiri… beliau merupakan salah seorang tenaga mengajar di FRIT dan aku sendiri pun baru sahaja kenal dengan beliau hari ini. Sporting orangnya.
Baru aku tau, perkataan “lenga” yang aku selalu sebut tu ada maksud…
lenga sj tumbuhan (herba), bijan, Sesamum indicum.
Related posts:
tegur hooo.. suri mmg mesra orgnya… angkat bunga masuk dlm bakul nih heeee
@suri, kadang2 puji diri sendiri ni best jugak… dah xde orang nk puji… selalunya la… kes gini saya buat bila saya tgh buat kerja depan komputer…
hehe… lepas siap, puji diri n tepuk tangan
bertegur sapa lah ek… kang sombong pulak.. kalau jadi pemalu sangat nih.. huhu
ye ye… seronok tegur orang nie… kadang2 tu perasan… perubahan kat diri orang yg kita tegur tu… lagi2 klu orang tu ceria tp tiba2 je diam2 gitu…
Tidak salah sapa kerana ia akan break the ice
@akuboimed, erm… betul tu… terutama yg muda macam saya nie… kena la ringankan mulut, badan dan diri tegur org lain yg lebih tua… tp kalau dia dah tegur dulu… sambut aje teguran tu
Hye.. Aaa.. Kira tegur la tu kan..hu3.
Trend bertegur sapa org yang kenal & x bertegur org x kenal dah jadi trend dan kebiasaan..
@decrewz, huhu… mari kita tukar kebiasaan tu…
Budaya bertegur sapa ni memang dah biasa di negara-negara Eropah dan Amerika. Mereka pun tak kedekut senyuman walaupun kepada orang yang tak dikenali. Pengalaman ini ditaja oleh beberapa bulan jadi sukarelawan di Skybridge KLCC lepas grad dari uni
@Dila.13, macam best je jadi sukarelawan
setakat nie saya tak penah lagi jadi sukarelawan utk aktiviti yg besar2
Pengalaman tu memang best tapi saya terlepas satu peluang keemasan untuk berjumpa dengan Edwin van der Sar & family waktu mereka datang melancong ke Malaysia masa off season tahun 2008. Waktu itu saya ambil off day
@Dila.13, dah tak ada rezeki la waktu tu… tapi mana tau di masa depan nanti boleh jumpa sekali lagi…
ni nak tegur ni.. hai fahmi hehehe…
ye ye… Hai Mat… sihat? best tak cuti? saya bercuti kat UniSZA jek..
wahh!!! bestlah.. bercuti diluar negeri tu hehehehe…
@madin, kalau cuti luar negara best jugak…
luar negara tak aman sangat hehehe… kat terengganu aman dan nyaman sikit kalau nak bandingkan dengan batu pahat ni. udara dah tercemar dengan asap kilang jer hehehe…