
Tweet2Me by Maxis
Semalam, aku telah mengambil satu tindakan dengan menghantar email kepada pihak Maxis. Tindakan tersebut adalah respon daripada ketidakpuasan hati aku selepas kredit prepaid aku ditolak secara berkala RM1 setiap minggu.
Rm1 yang ditolak setiap minggu itu adalah untuk perkhidmatan Tweet2Me yang ditawarkan oleh mereka. Aku ada mencuba perkhidmatan Tweet2Me tu sekejap. Tak sampai sehari aku guna, aku terus nak berhenti gunaperkhidmatan Tweet2Me tu.
Bayaran RM1 tu bagi aku tak berbaloi memandangkan aku menggunakan Twitter sebagai diari ke-2 aku selepas blog AkuLearn ni.
Pendek cerita, pengguna perlu memperbaharui langganan Tweet2Me ni setiap minggu. Biasanya satu SMS peringatan akan diterima. SMS yang diberikan macam yang kat bawah ni.
RM0. Your Twitter SMS subscription will be renewed on 14/03/2011 for RM1. If you wish to not renew, send STOP TWITTER to 28933.
Saja aku bold kan STOP TWITTER tu. Tapi masalahnya, walaupun dah hantar SMS tu, kredit aku tetap juga ditolak. Setiap minggu tolak RM1 walaupun aku tak guna, tak nak guna dan memang nak berhenti menggunakan perkhidmatan tu.
Bila kredit prepaid aku tak cukup pula, satu SMS lain akan diberikan. SMS tu pula macam yang kat bawah ni.
[Free Msg] E1201: Sorry! Your account balance is not sufficient to do this transaction.
Setelah beberapa minggu, aku pun mengambil keputusan untuk menghantar satu email kepada pihak Maxis. Disebabkan page contact Maxis tu ada error, aku hantar 2 kali mesej yang sama. Emailnya macam yang kat bawah ni.
Assalamualaikum, saya sangat tidak berpuas hati dengan charge yang telah dikenakan ke atas saya apabila kredit prepaid saya telah ditolak RM1 setiap minggu.
Kredit daripada no prepaid saya telah ditolak beberapa kali walaupun saya tidak menggunakan perkhidmatan Tweet2Me lagi. Saya telah mengikut arahan yang dinyatakan oleh SMS yang diberikan untuk menghentikan langganan Tweet2Me.
Untuk pengetahuan pihak Maxis, saya telah pun menghantar mesej STOP TWITTER beberapa kali sebelum ini selepas saya tidak berminat untuk menggunakan perkhidmatan itu lagi tetapi kredit saya masih tetap ditolak.
Pihak Maxis telah memberitahu kaedah yang salah untuk menghentikan perkhidmatan Maxis Tweet2Me.
Pihak Maxis seharusnya lebih peka terhadap isu ini. Adakah patut pelanggan Maxis dikenakan bayaran untuk perkhidmatan yang tidak mereka gunakan?
Merujuk kepada mesej yang dihantar oleh 28933:
“RM0. Your
twitter SMS subscription will be renew on 14/3/2011 for RM1. If you wish to not to renew send STOP TWITTER to 28933.”Saya harap pihak Maxis akan mengambil tindakan untuk memperbaiki masalah ini dan sekaligus menyelesaikan masalah yang sama yang mungkin turut dihadapi oleh pengguna Maxis yang lain.
Harap maklum,
Fahmi Raazali.
Selepas menghantar email. Satu sms pun diterima untuk satu laporan. Disebabkan aku hantar 2x, jadi aku pun dapat 2 SMS. No reference pun lain-lain.
RM0 Thank you for contacting Maxis. Your case reference number is XXXXXXXXX.
Hari ini dalam pukul 3.50 petang gitu, aku telah mendapat satu panggilan dari nombor 123. Rupa-rupanya pihak Maxis yang telefon mahu bertanya pasal email aku semalam.
Katanya, nanti mereka suruh pihak yang uruskan Tweet2Me betulakan kesilapan mereka.
Semalam, aku juga telah mengGoogle mengenai masalah yang aku hadapi. Setelah mengGoogle juga baru aku tahu yang perkhidmatan sms twitter yang aku tak guna ni namanya Tweet2ME. Selepas merujuk kat web yang berkenaan, aku mendapati kaedah untuk berhenti melanggani perkhidmatan Tewwt2Me nya tak sama dengan yang diberikan dalam SMS mereka.
| How do I cancel/terminate tweet2me service subscription? |
| To terminate the service and remove your user profile permanently – send STOP TWEET2ME to 28933 (“2twee”). |
Harap-harp pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera mengenai masalah ni. Kasihan kepada para pengguna yang kredit prepaid mereka ditolak walaupun tidak lagi menggunakan perkhidmatan yang dilanggan.
Lebih-lebih lagi apabila mereka telah pun mengikut kaedah yang diberikan untuk berhenti melanggan tetapi rupa-rupanya langganan mereka masih belum ditamatkan.
Rujukan:
- http://store.maxis.com.my/?ch=83&pg=1120&ac=3877
- http://tw.nplay.com.my/container.jsp?destPath=faq.jsp
No related posts.
Memang tidak berbaloi mengunakan Tweeter yang berbayar. Habis kredit ditolak
Kalau digunakan betul2 ok gak… ni dah la tak guna, dah unsubscribe tp still kena charge gak sebab kesilapan teknikal…
Jai x pernah guna lagi pun..he3.. Tapi betul ka bro tulis.. Katakanlah kreit x cukup, nak stop pun x blh sebab nak stop pun kena bayar..adei.. mmg cekik darah betul..
decrewz recently posted..Tahniah Buat Juara Raja Lawak Astro Musim ke-5
Bila kredit tak cukup, satu sms akan diterima yang akan menyatakan kita tak cukup kredit utk renew perkhidmatan tweet2me tu. Lepas aje kita topup plak nanti kredit kita akan ditolak secara automatik je sebab dah ada kredit utk ditolak.
Kalau ikutkan sepatutnya boleh stop melanggan bila kita dah tak nak guna. Tapi mungkin ada sedikit kesilapan di pihak pembekal perkhidmatan yang meyebabkan kredit kita masih lagi ditolak walaupun kita dah ikut langkah2 yang dinyatakan oleh mereka untuk berhenti melanggan.
Dalam kes ni, pengguna akan terus di charge sebab mereka dikira masih lagi melanggan Tweet2Me.
Owh.. Better jangan melanggan pape..hu3. Dulu pernah melanggan jugak SMS macam ni, lupa dah apa namanya, pastu bulan2 kena tolak.. Paling teruk, bila nak stop, x tau cemna cara…haishhh
decrewz recently posted..Hadiah Dari Nuffnang Buffered Earning ke-7
bila nk stop tak tau cara lagi parah…
sekarang da ok?
pasal krdit kena tolak tu… tak pasti lagi… tunggu minggu ni habis…
dah test stop guna info yg jmp kat web
sepatutnya tak patut ada ralat mcm ni, menyusahkan pengguna-pengguna. kalau pengguna tersebut nak pakai email mcm mne, setiap minggu mesti ada rasa kredit mcm kne rompak..
FD recently posted..Bina CountDown Page Tutorial
tu la pasal… semoga mereka cepat2 betulkan kesalahan teknikal yg berlaku… kesian kat orang2 yg kreditnya kena tolak (-_-’)
salam..
ada akaun tewwt tapi berkubur cam tu jer huu,,
rasa geram plk dgr mslah sahabt tu huu.. harap ia dpt diselesaikan dgn sgra..
hehe… twitter saya tak aktif mana pun… cuma guna utk post keadaan semasa… guna sms… kalau ada hp yang boleh buat live blog… saya dh buat live blog agak nya
live blog tu yang best geee..suri takat ni blum cuba lagi heeee
erm… lepas ni nak pinjam pakai hanphone adik saya yg ada camera n boleh masuk tenet… kalau dpt… sem depan boleh la mula live blogging pulak
sbb tu aku malas nk maen bende2 guna hp ni..selalunya kita yg kena balik..baik aku bayar rm2 untuk tenet sejam..ikot suka nak buka apa2 pun..tapi sejam je la..a
tu ok la… sbb ko guna…
lagi satu, kata kawan aku… kadang2 no yg kita beli kat kedai tu no yg recycle… jadi kalau owner yg sebelum ni dah subscribe macam2 then kemungkinan bila kita pakai no tu… kredit kita pun kena tolak jugak…
huhu… kesian pengguna no recycle yg terkena macam tu (-_-’)
tweeter aku jarang ..berbanding fb nie.. hehe… , apepun kalau tak tegar guna tweeter , tak digalakkan…
zik recently posted..Live blog Gambar Bulan Supermoon- di flat ku
haha… klu pasal twitter lebih kurang je la kita… aku pun tak aktif mana
Dulu ada juga masalah nak stop untuk FB. Kadang-kadang tak ada arahan yang terperinci untuk stop, itu masalahnya. Nak active senang je kan, nak stop bukan main susah. Hehe
Mrs.Ayie recently posted..Surat untuk saudaraku
panas hati kan kalau duit mengalir begitu saje..aku skrg pakai celcom,sebab maxis cas mahal sangat..sekarang ni pun rasa nak pakai Digi pulak sebab Celcom pun sama je..
khairolghani recently posted..Alhamdulillah-aku lulus
haha… kalau aku la… boleh pakai celcom or maxis je… sbb kat rumah aku line digi tak de…
tak pernah lagi guna servis ni hehe..men tweeter pun jarang2 hehe.. aku kadang tersilap pi test caller ringtone free..pastu next month sedar tak sedar kena charge
caller ringtone… mmg aku tak pakai pun… hehe… rm3 ke rm 4 entah… tu rate dulu kot… aku kedekut kredit… duit tu leh guna utk call family or kawan2
part bayar-bayar pakai tweet ni, memang aku kurang gemar. Takut kena kes macam ni. singgit tu..leh cakap lama tuu..
titan recently posted..Komisen kedua dari PanduanDplicom
betul tu… kalau guna telepon mak… lama gak la dpt berborak kat telepon tu…
saya pun ada pengalaman dng maxis utk dikongsi bersama dgn anda semua.. cerita nya sila ke link berikut:
http://9w2key.blogspot.com/2010/02/hotlink-broadband-prepaid.html
http://9w2key.blogspot.com/2010/02/kemana-hilangnya-kredit-broadband.html
syarikat komunikasi ni kadang charge kita utk sesuatu yg kita tak subscribe… klu beli no recycle… org yg beli tu kadang2 kredit kene tolak free2 jek…
Yang maxis hotlink prepaid ada masalah bocor maktlumat pelanggan kepada pihak ketiga,saya baru membeli sim baru, pakai tak sampai satu minggu,ada syarikat kredit atau wakil dari mereka telephon saya untuk menuntut hutang.
masalah kedua hotlink maxis } jiks dalam tempoh dua bulan kita tidak top up,yang nomber ini tidak bukan miliki anda,tetepi hanya boleh terima panggilan masuk sahaja,kononnya tunggu masa dia orang akan potong line terus,tak tahu mana nak buat adauan. kebiasaannya tiga bulan tak top up syarikat meraka berhak tarik balik no ini,
tetapi sekarang lain ,mereka sewenang-wenang boleh tukar syarat sesuka hati.
tak ada langsung ada semanggat corparat.
saya boikot mengguna maxis hotlink.
Jangan satu harian nanti maklumat yang ada link kepadanya seperti maklumat bank dan lain-lain juga mereka salah gunakan.
sekian ,harap mereka yang mangalami masalah yang sama saya boleh lah sekali memboikot kepada hotlink maxis
Kebocoran maklumat kepada pihak ketiga sepatutnya tak berlaku. Harap pihak yang berkaitan ambil berat tentang privasi pelanggan mereka.
hehe, boleh bg sy alamat email maxis tu? skrg dorg pandai x letak email add kat web. takot byk komplen kot
Assalamualaikum, saudara cuba guna contact form dekat website maxis. Dulu saya buat lepas hantar emel, akan keluar mesej error. Tapi emel tu sampai.
Assalamualaikum cara yang awak bagi ni betul-betul menjadi ke tak? Saya dah taktau macam mana nak stop twitter sms ni :’/
Fieza recently posted..Jom Selamatkan Kredit Maxis Kita.
Kali terakhir saya cuba, saya ikut langkah seperti dalam laman web dia. Dah cuba buat macam kat bawah?
send STOP TWEET2ME to 28933 (“2twee”)Kalau tak boleh, awak hubungi pihak maxis terus.