
Tweet2Me by Maxis
Update: Untuk check status langganan Tweet2Me boleh sms STATUS dan hantar ke nombor 28933.
| How do I cancel/terminate tweet2me service subscription? |
| To terminate the service and remove your user profile permanently – send STOP TWEET2ME to 28933 (“2twee”). |
Assalamualaikum, merujuk kepada masalah berkaitan dengan servis Tweet2Me yang telah aku tulis sebelum ini, nampaknya masalah tersebut masih lagi belum selesai. Walaupun aku telah beberapa kali menghantar sms untuk menamatkan langganan Tweet2Me, langganan servis Tweet2Me aku masih di perbaharui setiap minggu.
Aku telah membuat keputusan untuk menghantar emel kepada pihak maxis sekali lagi. Harap-harap kali ini mereka akan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mengatasi masalah yang aku hadapi yang mana mungkin turut dialami oleh pelanggan maxis yang lain. Keadaan ini jelas telah merugikan pelanggan maxis yang mahu berhenti melanggan servis Tweet2Me yang nampaknya seperti tidak boleh dihentikan langganannya.
Salam sejahtera,
Merujuk kepada laporan saya sebelum ini c9058577/c9058562 mengenai masalah yang saya hadapi untuk menamatkan langganan Tweet2Me (28933).
Selepas membuat laporan pada minggu lepas, saya telah menghantar beberapa sms untuk menamatkan perkhidmatan tweet2me tersebut.
sms dihantar ke 28933 menggunakan kod seperti berikut:
1) STOP TWITTER
2) STOP TWEET2MESeberapa hari sebelumnya, saya telah menerima sms yang menyatakan langganan tweet2me saya akan diperbaharui semula.
Jika saya mahu berhenti melanggan, saya diminta menghantar sms seperti no 1 di atas.
Semalam (25/3/2011) saya telah menghantar sms untuk berhenti melanggan servis tweet2me buat ke sekelian kailinya, selepas menghantar sms tersebut, saya menerima sms berikut:
RM0. Your Twitter SMS subscription has been terminated. To re-activate the service, send START to 28933. More info http://twitter.com/devices
Sender:28933
Message centre:
+60120000015Sent:
25-Mar-2011
08:40:22 pmNamun begitu pada 26/3/2011, 01:11:41 am saya masih lagi menerima sms yang menyatakan langganan servis tweet2me saya telah diperbaharui.
Adakah pelanggan tidak dibenarkan untuk menamatkan langganan servis tweet2me? Ini kerana kredit prabayar saya telah ditolak secara berkala untuk langganan tweet2me selama beberapa minggu.
Walaupun saya telah mengikut setiap arahan yang diberikan untuk berhenti melanggan servis tweet2me, kredit saya telah ditolak.
Saya berharap pihak maxis mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini memandangkan ia jelas merugikan pihak saya kerana kredit prabayar saya tetap ditolak walaupun saya tidak menggunakan perkhidmatan tweet2me.

Maxis contact page error...
Update:
Untuk check status langganan Tweet2Me boleh sms STATUS dan hantar ke nombor 28933.
Related posts:
xde customer servis boleh direct kontek ek.. tak penah lagi jadi camni.. tak sangka maxis pun lambat buat keja..
erm, error tu klua… tp emel yg kita anta tu sampai kat maxis… aku hantar 3x utk pastikan emel tu sampai…
semalam (26/382011) pihak maxis ada call sekali lagi utk comfirmkan pasal tweet2me nie… dah settle dah rasanya…
if minggu depan still dapat gak sms suruh renew tak tau la kan…
entah la… knp tak settlekan lepas aku buat laporan yg pertama tu pun tak tau… membazir kredit jek… bukannya maxis ganti pun…
bila kredit kita kena ambik… senyap… bila duit dia perlu dibayar… tuntut… (-_-’)
aku dah lama menyampah dengan maxis. maleh dah nak stay dgn maxis.. skarang aku pakai digi ..sonang…
bergantung kepada orang dan tempat gak tu… aku pakai maxis je… sbb ramai kawan2 pakai maxis, yg aku emel ni pasal servis tweet2me maxis tu…
dah beberapa kali kali cuba stop tak boleh2 lepas tu kredit free2 je kena tolak… tp sekarang semua dah settle… maxis dh betulkan masalah teknikal tu…
jumpa mereka secara diret baro ok kot hee…blh kita cakp apa yg kiat takj puas hati eee
nak g jumpa mereka.. nak ke dia jmpa kita… hehe… pelanggan kecik je pulak tu
agak bengang juga kalau kita email , tiba2 dapat error… bukan maxis jer ..rasanya ada company besar yang lain.. dapat error macam nie…
zik recently posted..Kartun -3 peringkat dalam kehidupan
hehe… duit digunakan utk kerja promosi je kot