
Kenapa aku berkawan dengan mu...
Adat berkawan, kadang-kadang tu kita kecil hati dengan perlakuan kawan kita tu. Selalunya tak ada pun nak cepat sangat terasa hati. Tapi bila terasa hati tu… Kita menjauhkan diri sekejap dari kawan kita tadi tu. Cumanya sampai bila perlu berjauhan dan bertegur?
Aku juga manusia biasa. Kadang-kadang OK. Kadang-kadang KO. Selalunya bila aku terasa hati dengan kawan-kawan aku juga akan menjauhkan diri dari mereka untuk seketika. Tapi kebiasaannya tak lama. Bila hati dah sejuk, jumpa dengan kawan tadi tu tegur la macam biasa.
Dari pengalaman aku sendiri, ada orang tertentu yang mana aku boleh berkawan dengan mereka. Tapi tak boleh duduk lama-lama (berdekatan) dengan mereka tu. Kadang-kadang perlakuan mereka memudahkan suhu badan naik.
Aku boleh berkawan dengan sesiapa sahaja sebab aku percaya setiap orang mempunyai kualiti dalam diri mereka sendiri. Sentiasa ada sesuatu yang baik boleh aku pelajari dari mereka ni.
Kadang-kadang ada orang yang pandai dalam pelajaran tapi dalam bab komunikasi kurang. Ada pula yang kurang dalam bab belajaran tapi hebat dari bab komunikasi. Ada pula yang semangat setia kawan mereka sangat kuat. Dalam apa jua keadaan mereka tak kan belot dengan kawan mereka.
Kalau nak diikutkan ada saja perkara yang boleh diambil iktibar dari kawan-kawan kita ni. Cumanya kita perasan ataupun tidak dengan kualiti dalam diri kawan kita tu.

Berkawan biar ikhlas...
Walau apa pun alasan aku berkawan dengan seseorang, aku tak kan berkawan dengan mereka semata-mata untuk mengambil kesempatan di atas kelebihan kawan aku tu.
Alasan tu tak cukup kuat dan kawan bukanlah alat untuk dipergunakan macam tu. Kawan kita tu ada hati dan perasaan, kalau kawan kita tu tahu kita berkawan dengan dia semata-mata kerana nak ambil kesempatan di atas kelebihan dia nanti kecik hati pulak dia.
Bila berkawan, janganlah kita mendedahkan aib kawan kita. Jika ada orang lain ceritakan kepada kita, biarlah cerita itu mati di situ sahaja. Tak perlulah kita tumpang sekaki tolong sebarkan pulak.
No related posts.
nak cari kawan time senang tak de masalah..tapi nak cari kawan time kita susah memang payah..hargai kawan2 selagi mereka menghargai kita..
betul tu… hargailah kawan yg menghargai diri kita…
teringat kata2 seorang kawan… “what you give, you get back…”
sebolehnya dapat kawan yang betul2 menjurus ke arah kebaikan… tapi bukan sebab ada agenda2 lain… sebab dia kaya ker.. kan..
erm… betul tu… cari kawan yg ajak kita buat baik… bila kita buat silap pulak dia sudi tegur kesilapan kita tu
nak cari kawan sejati ni memang susah. tak mudah..
hehe… susah ditemui… tapi bila dah jumpa… insyaallah lama kekal persahabatan tu
saya dah jumpa
tapi dia dduk kl..kwn girl shaja heeee
ada kawan tapi semua jauh2 naik ada beloh terasa kawan2 tu smeua ada di sisiku
Kebanyakan orang yang pandai selalu menghabiskan masanya dengan baca buku. Dorang kurang berminat untuk bersosial.
erm, tak penah fikir gitu lak… hehe… bersosial itu juga kemahiran…
saya mintak copy
Copy lah…
terima kasih izin kan saya ambil semoga apa yang di tulis menjadi kenangan buat saya
sama-sama
Pingback: Bagaimana untuk menjadi seorang kawan yang baik? | Aku Learn