Assalamualaikum, mula-mula sekali aku nak mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pihak hosting (RevBytes). Alhamdulillah, masalah blog ni dalam entri “Masalah Yang Perlu Diselesaikan” telah pun selesai. Tiada lagi spam yang terlepas dan tiada lagi http error.
Betapa senang dan lapangnya hati aku bila masalah blog aku ni dah selesai. Bila nak menaip entri blog pun rasa senang je hati ni. Terima kasih RevBytes kerana telah mempermudahkan urusan aku untuk belajar berblogging.
Berbalik kepada isu yang aku mahu bangkitkan. Kenapa mesti berbeza… Ceritanya lebihnya lebih kurang begini. Bila sesuatu acara atau majlis diadakan, tetamu VIP mesti mendapat layanan yang berbeza. Tak kiralah untuk majlis yang besar mahupun untuk majlis yang kecil. Bukan semua macam tu, tapi kebanyakannya memang macam tu.
Contoh dalam skop yang lebih besar, jom cerita pasal politik sikit. Katalah adalah satu majlis perasmian Pesta Buku peringkat Negeri Terengganu diadakan. Macam biasalah ada orang awam, ada pemberita dan sudah tentulah ada orang-orang VIP yang dijemput untuk merasmikan majlis tersebut.
Biasanya lepas majlis sebegini sedikit jamuan ringan akan diadakan. Para tetamu (orang awam) pun dijemput untuk makan. Alhamdulillah, dapat makan free. Ada orang kasi makan meehun percuma. Dapat juga minum air sirap yang sedap.
Bagi tetamu VIP pula, kelazimanna mereka akan menjamu makanan yang sama sekali berbeza dengan makanan yang dihidangkan kepada orang awam. Kenapa saja ada layanan double standard macam ni?
Erm… Tetamu VIP tu tak sudi nak makan sekali dengan kami ni ke? Tak sudi nak merasa makanan yang kami makan sekali ke?
Perbezaan ini secara tak langsung menyebabkan perbelanjaan untuk jamuan makanan meningkat. Dalam skop yang lebih kecil, benda ni selalu saja aku lihat dalam majlis-majlis yang diadakan di Universiti.
Rasa-rasanya ada tak orang-orang yang duduk tinggi di sana sudi baca entri ni?
Related posts:
hurmm patut la ritu masuk blog hang takleh hehe… apa salahnya dok semeja ngan budak2 U ye tak ni mkann VIP conpem tip top..pastu makan sikit je.. dah tinggal camtu atas meja huhu
aimannajmy recently posted..Jalan-jalan Jeti Semeling Part 1
hehe… kalau masa jadi ajk makanan… lepas vip2 ni blah… kami si ajk makanan dan ajk yang lain tolong habiskan makanan mereka tu…
Saya kadang dijemput makan dengan VIP walaupun tidak diminta. Sebenarnya VIP tidak mintak pun kita yang beriya-iya bersusah payah menyediakan menu VIP
erm, satu pandangan yang bagus jugak tu. Penganjur yang beria-ria nak sediakan. VIP tak mintak pun.
kita sama jer cuma bezanya ilmu dlm dada..terutama dri segi amalam akhirat jer huu
usah d fikirkan sangat..dema ni klu dah berpangkat mmg bgtu..kita ini mmg bgni smpi bila2..
bg suri baik sederhana..dari terlu byk duit,pangkat nama tak ke mana juga huuu
setuju… biar sederhana
kdg2 kita trlbih layan VIP ni, pdhal dorg xkisah sgt…bila sbut VIP je msti spesel..adui…ada aku pg beberpa tmpt wlaupn VVIP, dorg ttp mkn mkn sama mcm kitorg cuma bezanya diorng nye seat lawa kit lah..haha
Mr.Kerro recently posted..Melajukan Blog WordPress Dengan Hanya 3 Plugin
hehe… kalau seat lawa tu ok la… boleh diterima lagi
Ish.. kalu saya berpeluang jadi vip, nak juga saya dilayan istimewa macam tu. Tak de masalahnya. Mesti penganjur ada peruntukkannya. Tp jgn berlebihan. Selalu pun org vip ni bukan makan byk mana. Yg makan & tapau nya mesti ajk2 penganjur
mekar recently posted..Hukum menyebut Ooo! MG OMG
hehe… org layan macam raja… mmg la best…
erm tp mmg pun biasanya kalau jadi ajk makanan… makanan tak habis… ajk2 ni la yg tolong abiskan