Kesan Apabila Hosting/Server Down?

Apakah kesannya kepada blog kita apabila hosting/server down? Kesan yang aku maksudkan ini adalah dari segi SEO a.k.a search engine optimization. Kenapa aku perlu ambil tahu? Kerana semalaman blog ini tidak dapat diakses sama sekali akibat dari masalah server.

Geram tu geram juga tapi nak buat macam manakan hosting untuk blog ni baru sahaja aku renew tak lama dulu. Mahu tak mahu, nak tak nak, kena juga bersabar sikit.

Kesan bila server down:

  • Tak boleh akses blog

Ni antara benda yang tak seronok sekali bila server blog ni down. Blog tidak boleh diakses. Bayang saja, bila aku balik dari jalan-jalan dekat pekan, masuk bilik, cari mouse dan klik bookmark ke dashboard blog ni, tiba-tiba dapat error.

Aku cuba masuk sekali lagi. Tak dapat juga masuk. Lepas tu aku cuba pula masuk ke website pembekal hosting yang aku gunapakai. Alamak website mereka pun tak boleh diakses juga…

  • Kesan pada SEO

Hasil pembacaan aku mengatakan bahawa apabila blog kita down terlalu lama ia boleh memberi kesan kepada ranking seo blog kita. Jadi seeloknya carilah pembekal hosting yang mempunyai uptime yang baik.

Sekiranya berlaku juga masalah dengan server pula, mereka akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar yang segera dan mereka juga mempunyai support team yang mesra pelanggan. Jadi nanti kita yang menunggu ni tidaklah sakit hati menunggu respon mereka.

  • Backlink kena delete

Benda ni adalah sangat logik. Lagi-lagi pula sekarang ni memang sudah ada plugin yang boleh monitor link-link yang ada dalam blog. Contohnya, aku sendiri menggunakan plugin Broken Link Checker untuk monitor link-link dalam blog AkuLearn. Jadi tak mustahil link kita di blog lain di delete bila blog kita down terlalu lama.

link error plugin Kesan Apabila Hosting/Server Down?

Error...

Owner blog boleh melihat link mana yang error tu. Lepas tu boleh check sama ada link tersebut betul-betul bermasalah atau tidak. Sebab kadang-kadang link yang plugin ni kata ada error tu sebenarnya OK saja.

Ini dah kali ke-2 blog aku ni tak boleh diakses akibat masalah server. Walaupun jarang down tapi kalau dah nak dekat 1 hari atau lebih… Faham-fahamlah… Terima kasih RevBytes sebab dah selesai masalah. Harap selepas ni masalah macam ni tak berlaku lagi.

 

 

No related posts.

0 thoughts on “Kesan Apabila Hosting/Server Down?

  1. Alhamdulillah, masalah yang berlaku sudah selesai. Semoga terus OK. :-)

    Benar, memang memeritkan apabila menghadapi keadaan sedimikian. Hanya yang pernah mengalami sahaja yang tahu perasaannya yang sebenar. Hmm,,

  2. haha. aku suka point last sekali tu sebab aku pun buat camtu.
    kalau ada error 404, unlink terus.

    tapi kalau blog down, error 505. ada beza, jadi blh lah consider dulu untuk biarkan daripada “unlink” link tu hehe

      • saya marah dan geram bukan pasal server down tapi pasal BROADBAND celcom! yang selalu slow setiap malam..saya pakai rm98 pakej tapi rasa macam tertipu je.. memang rugi betul saya bayar… ops terlebih suda :)

        • pasal broadband celcom tu… kadang2 kena betulkan setting sikit… sebab kadang1 dia connect guna gprs jek… kalau connect guna 3g laju sikit…

          tp bergantung pada tmpat jugak… xsume tmpat ada 3g… :-)

          saya dulu pakai bb celcom jugak… speed dia OK la… tp bila dah start kena limit tu yg sakit hati… lambat yg amat…

  3. kalau selalu down nie yang jadi morale down…. kena pilih hosting yang betul2 stable… kalau timing down dia pagi2.. boleh dimaafkan.. tapi kalau time peak hour.. rugi2.. huhu

  4. pernah kena gak dulu..dekat semiggu tak leh akses blog..Nuffnang tak pasal2 jadi non-glitter..ingat nak tukar hosting je…

    • hehe… ikut rasa hari nk gak marah2… tapi fikir2 balik xjadi la nk meluahkan rasa marah tu kat blog… rasa kurang manis… lagi pun pihak hosting tu pun kalau boleh xnak jadi jugak…

      cumanya harap2 jangan berlaku server down yg kerap dan terlalu lama… server blog ni jarang down… setakat ni baru 2x…

  5. server down bergantung pada hosting yang anda pakai.. rasanya,sebab selama ini blog saya tidak pernah down selama 2 tahun.. memang masalah kalau server down ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge